7 kesilapan kewangan yang masih dilakukan oleh Melayu hari ini

Image result for mistake

Kadar bankrap anak muda tahun lepas telah meningkat dengan mendadak dan perkara ini menunjukkan pengurusan kewangan yang lemah oleh golongan anak muda. Kesilapan ketika muda akan menyebabkan mereka sendiri terbeban untuk satu tempoh yang panjang.

Berikut adalah beberapa kesilapan kewangan yang sering dilakukan oleh anak muda.

#1 Perbelanjaan melebihi pendapatan

Hujung bulan duit gaji habis dan terpaksa tunggu gaji seterusnya. Pernah tak anda alami masalah seperti ini?

Kalau gaji lambat masuk, mulalah anda rasa risau sebab tiada simpanan yang cukup untuk menampung perbelanjaan harian. Ada juga yang mula meminjam dari kawan semata-mata untuk makan dan minum.

Kerana kesilapan pengurusan kewangan sendiri, anda terpaksa menyusahkan orang lain.

#2 Tidak fikir masa hadapan

Tiada matlamat kewangan yang jelas. Selepas 20 tahun, masih lagi pada tahap yang sama.

Semak semula jumlah hutang anda, adakah semakin berkurang atau semakin meningkat. Jika meningkat, adakah selari dengan peningkatan pendapatan anda.

Matlamat kewangan yang jelas adalah keadaan apabila anda tahu apa yang ingin di capai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tanpa matlamat yang jelas, anda sukar untuk mengurus kewangan anda kerana kadar hutang mungkin terlalu tinggi.

#3 Tiada simpanan

Kenapa sukar nak beli rumah? Tiada deposit.
Kenapa sukar nak ambil pelan perlindungan? Tiada simpanan.

Tanpa simpanan yang mencukupi, anda sukar untuk mengurus kewangan anda dengan lebih baik. Apabila perbelanjaa melebihi pendapatan, simpanan memang tidak akan berjaya dilakukan.

Baca : Simpan di tempat yang salah punca orang ramai rugi ketika lakukan simpanan

#4 Tiada pelaburan

Orang melayu memang ramai yang sudah menjadi mangsa pelaburan skim cepat kaya. Pelaburan yang kami maksudkan adalah pelaburan yang sah dan berdaftar sahaja.

Walaupun pelaburan tersebut tidak menawarkan pulangan yang tinggi, tetapi cukup baik untuk memberi keuntungan kepada anda. Mulakan pelaburan seawal usia kerana apabila sudah berusia, ruang untuk mulakan pelaburan memang terlalu sempit.

#5 Tidak tambah ilmu kewangan

Ada juga golongan yang merasakan menghadiri ke seminar adalah satu pembaziran kerana semuanya boleh didapati melalui pembacaan internet sahaja. Jika anda ingin berjaya, buka minda anda untuk semua jenis penambahan ilmu.

Jika anda rasa sudah cukup dengan ilmu kewangan, itu adalah tanda awal yang anda akan menghadapi masalah kewangan. Ilmu dan pengetahuan berkenaan kewangan sentiasa perlu ditambah dari semasa ke semasa.

Tanpa ilmu, anda tidak akan bertindak untuk mengubah hidup anda.

#6 Salah pilih kawan

Anda berhak untuk memilih berkawan dengan sesiapa sahaja. Tetapi, kawan anda hari ini akan menentukan gaya hidup anda pada masa hadapan.

Jika anda selalu bersama kawan yang bijak dalam pengurusan kewangan, anda juga akan turut serta menjadi bijak kewangan dan begitu juga sebaliknya.

Baca : 5 cara mudah tambah pendapatan ketika hujung minggu

#7 Tidak tahu perbezaan kehendak dan keperluan

Kereta itu sendiri boleh menjadi kehendak atau keperluan. Jika salah memilih, kereta tersebut akan menjadi pembelian mengikut kehendak. Apabila bayaran ansuran kereta melebihi 50% dari pendapatan anda, itu adalah kehendak keterlaluan.

Anda boleh beli atau dapatkan apa yang anda mahukan tetapi mestilah selari dengan pendapatan anda. Ukur baju di badan sendiri

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post