Tiada masalah kewangan tetapi masalah nafsu dan emosi yang berlebihan berlebihan.

Image result for regret debt

Tiada masalah kewangan melainkan masalah kegagalan untuk mengawal nafsu atau emosi ketika membuat keputusan.

Kebanyakan masalah kewangan yang dihadapi oleh orang ramai adalah kerana kegagalan mereka mengawal nafsu atau emosi ketika membuat keputusan. Ini yang menyebabkan mereka sendiri terbeban dengan hutang yang tinggi serta gagal membuat simpanan.

Pinjaman peribadi untuk majlis perkahwinan

Kesilapan yang sering dilakukan walaupun sudah tahu bahawa pinjaman peribadi hanya akan membebankan kita pada masa akan datang. Dengan kadar faedah yang terlalu tinggi, bayaran bulanan juga akan tinggi.

Perkahwinan yang penuh dengan emosi.

Ya. Ramai yang sanggup buat apa sahaja untuk memastikan majlis perkahwinan mereka menjadi yang terbaik kerana majlis tersebut hanya berlangsung sekali dalam seumur hidup. Disebabkan oleh majlis yang penuh dengan emosi ini, keputusan yang melibatkan kewangan juga gagal dilakukan dengan tepat.

Baca : Gaji tinggi tetapi hutang juga tinggi. Ini sebabnya

RM500 sebulan sahaja untuk 9 tahun

Apabila bersetuju untuk menggunakan pinjaman peribadi sebagai modal majlis perkahwinan, keyakinan untuk membayar semula ansuran bulanan menjadi faktor penting. Sebagai contoh, dengan pinjaman sebanyak RM30,000, anggaran bayaran ansuran hanyalah RM400 hingga RM500 sebulan.

Mungkin kelihatan rendah tetapi perlu diingat bayaran tersebut adalah untuk jangka masa sembilan (9) tahun. Selain itu, perbelanjaan selepas kahwin juga akan meningkat terutama apabila anda menerima kehadiran ahli keluarga baru iaitu anak-anak anda.

Jika dahulu RM500 anda boleh bayar dengan mudah, bagaimana pula jika anda sudah mempunyai ramai anak?

Kereta mahal sebab gaji tinggi

Selain majlis perkahwinan, kesilapan yang berlaku disebabkan oleh emosi adalah berkenaan dengan pemilikan kereta yang mahal. Jika anda faham fungsi sebenar kereta, anda mungkin tidak akan membazir membeli kereta yang mahal dan melebihi kemampuan anda.

Fungsi kereta hanyalah untuk menggerakkan anda dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Oleh sebab itu, anda perlu lihat dahulu sama ada kereta tersebut satu keperluan atau kehendak anda. Kebanyakan kesilapan yang dilakukan adalah kerana beli kereta atas dasar kehendak.

Baca : Ambil pinjaman peribadi untuk perbelanjaan harian. Ini puncanya

Gaji tinggi mesti kereta mahal

Ramai yang lupa bahawa kos pemilikan kereta bukan sahaja bayaran ansuran kepada pihak bank tetapi juga termasuk kos petrol, bayaran tol, tempat letak kenderaan, penyelenggaraan, insuran, cukai jalan dan banyak lagi.

Kereta adalah satu beban hutang yang sangat tidak baik kerana nilai kereta tersebut juga semakin berkurang. Jika anda menjualnya semula, anda akan mengalami kerugian. Kebanyakan juga beli kereta kerana ego dan emosi yang berlebihan seperti mahu menunjuk-nunjuk serta sebagai lambang kejayaan.


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post