Gagal beli rumah tahun 2016? Cuba cara ini untuk dapatkan rumah pertama pada tahun 2017


Tahun 2016 masih gagal beli rumah? Jadikan tahun baru ini untuk anda dapatkan rumah pertama. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu lakukan untuk dapatkan rumah pertama pada tahun 2017.

Tambah ilmu pengetahuan

Bagi mengelakkan masalah ketika melakukan urusan jual beli hartanah, dapatkan dahulu ilmu dan maklumat yang betul. Langkah pertama untuk anda lakukan pada awal tahun 2017 (bulan Januari dan Februari) adalah dengan mendaftarkan diri anda ke seminar atau kelas hartanah.

Walaupun anda ingin beli rumah untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk pelaburan, ilmu pengetahuan juga masih penting dan berguna semasa urusan jual beli. Selain hadir ke seminar, dapatkan juga buku berkenaan pelaburan hartanah atau pengurusan kewangan sebagai motivasi anda untuk beli rumah.

Dengan hanya baca kisah dan pengalaman orang lain, anda boleh dapatkan baca ilmu berguna. Tetapi, jangan pula anda pergi ke seminar dan beli buku tanpa sebarang tindakan. Hanya tindakan diambil sahaja yang akan menentukan sama ada anda dapat beli rumah atau tidak.


Matlamat yang jelas 

Selain menambah ilmu pengetahuan, rancangan awal adalah membuat satu matlamat yang jelas. Jika perlu, buat satu vision board dan tampal di dinding bilik anda. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu letak atas vision board:

Tujuan beli

Hanya terdapat dua (2) sahaja tujuan pembelian rumah iaitu untuk duduk sendiri atau untuk pelaburan.

Harga rumah

Pilih harga rumah yang anda layak sahaja berdasarkan pengiraan Debt Services Ratio (DSR). Jangan beli rumah terlalu mahal sehingga pembiayaan perumahan anda sendiri bakal ditolak oleh pihak bank. Selain itu, rumah yang murah juga lebih berisiko rendah.

Lokasi rumah

Jika anda beli untuk tujuan pelaburan, pemilihan rumah adalah berdasarkan permintaan penyewa di kawasan tersebut atau kawasan yang sudah matang. Manakala untuk tujuan duduk sendiri, pilih kawasan yang anda sendiri selesa untuk tinggal.

Tarikh ingin beli

Jika anda bekerja dengan majikan, pastikan tempoh rancangan untuk dapatkan rumah pertama tidak melebihi 3 bulan. Manakala jika anda bekerja sendiri pula, tidak melebihi 6 bulan. Tempoh tersebut adalah satu tempoh asas yang sering dilihat oleh pihak bank untuk menilai kelayakan pembiayaan perumahan anda.

Baca : Pelaburan hartanah : Subsale atau under construction 

Pemilihan unit yang tepat

Selepas anda sudah mempunyai ilmu pengetahuan dan matlamat yang jelas, sekarang adalah masa terbaik untuk memilih rumah yang tepat. Apakah ciri-ciri rumah yang sesuai untuk pelaburan?

Permintaan tinggi

Jika anda masih baru dalam pelaburan hartanah, pilih kawasan yang sudah matang atau sudah mempunyai bakal penyewa sedia ada. Anda sendiri sudah tahu bakal penyewa anda. Contohnya, Shah Alam yang terkenal dengan pelajar UiTM, Wangsa Maju yang berhampiran dengan bandar Kuala Lumpur dan lain-lain lagi.

Kawasan matang seperti ini lebih mudah disewakan semula pada harga yang lebih baik.

Kenderaan awam

Dengan pembinaan MRT 1 dan MRT 2, anda sudah boleh pilih kawasan yang berhampiran dengan stesen tersebut. Harga rumah yang berhampiran dengan stesen tersebut biasanya akan meningkat dengan banyak.


Baca : Bagaimana untuk buat penyewa anda tidak bayar lewat

Simpanan deposit

Antara perkara penting dalam membeli rumah adalah penyediaan deposit rumah. Kebiasaanya, anda perlu menyebabkan deposit sebanyak 10% dari harga rumah kerana baki 90% akan diterima melalui pembiayaan perumahan dari pihak bank.

Untuk mengurangkan pengeluaran deposit sebanyak 10%, anda boleh mohon pembiayaan rumah pertama sebanyak 100% dari bank yang terpilih. Pada masa yang sama, anda boleh memohon kepada tuan rumah untuk hanya menyediakan deposit yang lebih rendah iaitu 3% atau 5% sahaja dari harga rumah.

Selain itu, jika akaun 2 KWSP anda sudah banyak, juga boleh digunakan sebagai deposit rumah. Kos-kos lain yang perlu dimasukkan dalam bajet anda adalah seperti kos peguam, kos penilai dan lain-lain lagi dengan anggarn 5% dari harga rumah.

Melalui langkah-langkah awal di atas, anda lebih mudah untuk dapatkan rumah pertama pada tahun 2017.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)