Bantuan kredit mikro untuk wanita yang ingin berniaga - Amanah Ikhtiar Malaysia


Salah satu pembiayaan yang anda boleh mohon untuk kembangkan perniagaan anda adalah melalui pembiayaan kredit mikro dari Amanah Ikhtiar Malaysia.

Amanah Ikhtiar Malaysia ditubuhkan untuk membantu mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan yang berpendapatan rendah. Selain itu, badan tersebut juga ingin melahirkan ramai usahawan dari kalangan miskin dan berpendapatan rendah.

Jika anda ingin memohon pembiayaan tersebut, berikut adalah syarat kelayakan:

1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
2. Had kelayakan isi rumah adalah RM3,855
3. Perlu menubuhkan satu kumpulan yang terdiri dari 5 orang yang tiada tali persaudaraan.
4. Wajib menyertai kursus selama 5 hari (1 setengah jam sehari)
5. Perlu menyertai mesyuarat di Pusat seperti balai raya atau surau

Terdapat 7 jenis pinjaman yang disediakan iaitu:

1. i-Mesra
2. i-Srikandi
3. i-Wibawa
4. i-Sejahtera
5. i-Bestari
6. i-Penyayang
7. i-Emas

Setiap produk diatas mempunyai jumlah maksimum pinjaman dan tempoh bayaran semula yang berbeza. Tempoh bayaran semula adalah setiap minggu.

Untuk maklumat lanjut, sila semak di sini AIM atau boleh terus ke pejabat seperti berikut untuk dapatkan maklumat yang lebih lengkap:


Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar MalaysiaMenara Amanah Ikhtiar,No 3 Jalan Cempaka SD 12/1A,
Bandar Sri Damansara PJU9 52200
Kuala Lumpur

Tel: 03 6274 8810
Faks : 03 6274 8809
1-300-888-246 (AIM)

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)