Bagaimana menyimpan dalam 'Tabung Warna' menjadi hobi yang menguntungkan

Image result for duit kertas warnatabung

Jika anda mempunyai masalah sukar untuk menyimpan duit atau tidak mempunyai sebarang simpanan, anda boleh cuba 'tabung warna' yang lebih menarik. Konsep yang digunakan adalah dengan menyimpan satu jenis duit kertas yang mempunyai warna yang sama.

Contohnya, duit RM5 adalah berwarna hijau dan duit RM10 adalah berwarna merah. Anda boleh buat satu tabung (sama ada hijau atau merah) dan mula menyimpan. Syarat utama adalah anda perlu menyimpan semua duit kertas yang mempunyai warna tersebut.

Kelebihan menggunakan 'tabung warna'

Cara ini merupakan salah satu cara terbaik bagi menarik minat golongan yang sukar untuk membuat simpanan setiap bulan. Walaupun dengan hanya mengumpul duit kertas RM5 sahaja, jumlah terkumpul apabila tiba hujung tahun pasti buat anda gembira.

Image result for tabung duit warna

Cara menyimpan yang betul

Untuk mula menyimpan tabung warna ini, terdapat beberapa kaedah seperti berikut:

Baca : Kerja makan gaji susah jadi kaya? Ada caranya

1. Semakin banyak

Pada awal tahun, anda boleh menyimpan dengan nilai yang rendah dahulu iaitu RM1 atau RM5 untuk beberapa bulan. Kemudian, mula menyimpan nilai yang lebih besar iaitu RM10.

Dengan kaedah ini, anda tidak akan rasa terbeban pada peringkat awal terutama bagi golongan yang baru ingin mencuba membuat simpanan sendiri.

2. Random

Kaedah ini pula lebih mudah iaitu anda perlu buat beberapa jenis tabung seperti merah (RM10), biru (RM1) dan hijau (RM5). Apabila anda mempunyai duit lebihan, masukkan sahaja duit tersebut ke dalam tabung mengikut warna yang ditetapkan.

3. Satu warna

Cara ini adalah sesuai untuk golongan yang mempunyai disiplin tinggi dan ingin menyimpan secara tetap. Tetapkan dahulu warna tabung yang anda inginkan. Contohnya, jika pilih warna merah (RM10), jadi anda perlu menyimpan duit kertas RM10 setiap kali anda terima duit tersebut.

Anda tidak boleh belanjakan dengan menggunakan duit RM10 tersebut untuk perbelanjaan harian anda.

Baca : Bagaimana untuk pilih takaful yang betul dan sesuai dengan diri

Menarik, mudah dan untung

Menyimpan duit mengikut warna bukan sahaja kelihatan menarik, malah mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang kita terima. Apabila hujung tahun, anda boleh keluarkan duit simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul.


Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)