6 habit buruk yang anda perlu hentikan tahun 2017 untuk elak masalah kewangan


Image result for bad habits

Ramai yang cakap ekonomi pada tahun 2017 akan bertambah teruk berbanding tahun sebelumnya. Namun, sebelum bercakap mengenai keadaan ekonomi semasa, semak dahulu ekonomi diri sendiri supaya tidak terlibat dengan masalah kewangan.

Berikut adalah beberapa aktiviti yang anda boleh hentikan serta merta pada tahun 2017 ini bagi mengelakkan masalah kewangan.

Lepak mamak

Selain cafe hispter yang menjadi pilihan anak muda pada masa kini, mamak juga merupakan salah satu lokasi popular untuk melepak. Pada awalnya, restoran mamak ini adalah tempat lepak yang paling jimat kerana hanya perlu tempah air minimun sahaja.

Jika dilihat pada hari ini, pelbagai jenis makanan mula disediakan oleh restoran tersebut bagi menarik minat orang ramai. Teh o ais dan roti kosong sahaja sudah berharga RM2.50 secara purata. Tidak termasuk jika anda ingin cuba mee mamak, nasi goreng mamak, ayam tandori dan lain-lain lagi.

Namun, jika anda pergi ke mamak atas urusan perniaagan, perkara tersebut lebih baik. Apabila semakin ramai anak muda mula terlibat dengan perniagaan internet, mamak juga merupakan salah satu lokasi terbaik untuk membuat kerja.

Makan di tempat mahal

Salah satu keadaan yang menyebabkan makanan tersebut menjadi mahal apabila sudah menjadi popular. Tahun 2017 ini, anda perlu menjadi lebih bijak dalam memilih bab makanan. Makanan yang sama tetapi harga yang berbeza.

Jika mahu pengurusan kewangan anda lebih teratur, tetapkan bajet bulanan khas untuk perbelanjaan makanan. Anda boleh makan makanan yang sedap dan mahal tetapi perlu berpuasa esoknya.

Terlalu banyak hiburan

Zaman sekarang, budak sekolah pun sudah pandai buat duit melalui internet. Bagi yang sudah berusia, ini adalah satu cabaran baru untuk anda. Kurangkan terlibat dengan aktiviti hiburan yang mungkin tidak berfaedah dan buang masa.

Buat duit dengan aktiviti hiburan?Ya, hiburan di Malaysia mempunyai peminatnya yang tersendiri. Anda boleh gunakan kesempatan ini untuk menjana pendapatan melalui peluang yang terhidang di depan mata anda.

Baca : Nak simpan 10% setiap bulan pun susah. Semak semula kewangan anda

Tambah hutang

Jika hutang lama masih belum selesai, jangan pula mencuba untuk menambah hutang baru. Urus hutang anda dengan baik supaya tidak membebankan anda. Walau hutang rumah yang mungkin dianggap baik, jika terlalu tinggi dan membebankan, ia mungkin berisiko kepada anda.

Pilih rumah yang sesuai dengan keperluan anda.
Pilih kereta yang sesuai dengan pendapatan anda dengan mengambil kira kos tambahan lain setiap bulan.

Elakkan untuk gunakan kad kredit dengan kadar yang berlebihan. Berbelanjan hanya mengikut kemampuan anda.

Skim cepat kaya

Apabila ekonomi tidak menentu, terdapat golongan yang mula mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain. Salah satunya adalah skim cepat kaya. Walaupun sudah diberitahu berkenaan skim tipu ini, masih ramai yang terlibat kerana terdesak ingin dapatkan duit dengan mudah dalam masa yang singkat.

Anda perlu lebih berhati-hati kerana skim cepat kaya kini lebih kreatif dan menggunakan kaedah berikut:

1. Menjadi produk lain sebagai sandaran seperti rumah, emas dan banyak lagi
2. Menggunakan kaedah 'usahawan' untuk menarik minat orang ramai
3. Lebih berani tampil di dunia internet
4. Menggunakan 'quote' atau motivasi orang yang berjaya

Baca : 5 nasihat kewangan untuk golongan siswazah

Tiada simpanan

Akhir sekali, jika tahun lepas anda masih gagal untuk membuat simpanan dengan tetap setiap bulan, ini adalah tahun terbaik untuk anda simpan. Semakin cepat dan banyak anda simpan, semakin mudah untuk anda buat pelaburan pertama.

Tetapkan dahulu matlamat berkenaan simpanan tersebut dan mulakan dengan simpanan kecemasan untuk 3 bulan gaji anda. Simpan simpanan ini di satu akaun yang mudah untuk dikeluarkan kerana tujuannya adalah ketika waktu kecemasan.


Apabila kewangan diri sudah kukuh dan stabil, keadaan ekonomi yang buruk tidak akan memberi kesan terhadap kewangan anda. Anda sudah lebih bersedia untuk menghadapi kelembapan ekonomi serta kenaikan kos sara hidup.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)