5 nasihat kewangan untuk golongan siswazah

Image result for shouting

Kehidupan golongan siswazah yang baru sahaja masuk ke alam pekerjaan menjadi titik permulaan dalam pengurusan kewangan. Bagi individu yang kali pertama menguruskan duit atau pendapatan, cabaran yang dihadapi sangat besar.

Jika salah buat keputusan, beban yang harus ditanggung memang sangat berat. Hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman kereta menjadi alat kewangan utama yang boleh merosakkan pengurusan kewangan seseorang.

Berikut adalah nasihat kewangan kepada golongan siswazah yang baru sahaja mula bekerja.

Kereta : Keperluan atau kehendak?

Ini adalah keputusan besar yang perlu anda buat di awal pekerjaan.

Adakah perlu beli kereta atau naik motosikal sahaja? 
Adakah perlu beli kereta tempatan atau import?

Sebelum memilih kereta, berikut adalah ciri-ciri yang perlu anda fahami:

Kos terlibat

Ramai yang tersalah mengira kos terlibat dalam pemilikan kereta kerana tidak melihat kos tersembunyi seperti petrol, tol, parking, penyelenggaraan, cukai jalan, insuran dan lain-lain lagi. Jika semua kos diambil kira, jumlah kos yang terlibat adalah dua kali ganda dari bayaran bulanan kepada pihak bank.

Contohnya, jika bayaran ansuran kereta anda adalah RM1,000 sebulan, kos yang terlibat adalah RM2,000.

Baru atau terpakai?

Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk menggunakan kereta dengan lebih kerap, kereta baru adalah pilihan utama. Manakala jika anda sendiri pergi ke kerja dengan menaiki motosikal, kereta terpakai mungkin sesuai untuk anda.

Harga kereta yang sesuai

Harga yang sesuai dengan individu adalah berdasarkan gaji atau pendapatan yang diterima. Sebaiknya, bayaran ansuran kereta tersebut tidak melebihi 20% dari pendapatan anda. Contohnya, jika gaji anda adalah RM2,000, pastikan ansuran kereta tidak melebihi RM400 sebulan

Baca : Lakukan 3 perkara ini bagi mengelakkan duit 'hilang' ketika berbelanja

Simpanan & pelaburan

Tahun pertama anda bekerja, pastikan fokus dahulu kepada simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan gaji atau pendapatan. Simpanan pula adalah dalam bentuk yang mudah dicairkan.

Selepas itu, baru anda boleh mula fokus kepada simpanan lain dan pelaburan. Contoh dibawah adalah antara senarai jenis simpanan dan pelaburan yang anda boleh lakukan ketika dalam tahun pertama bekerja.

Simpanan :
Tabung haji
Akaun simpanan bank
Amanah Saham Berhad (ASB)

Pelaburan:
Unit trust
Emas
Hartanah
Saham

Mulakan pelaburan anda seawal mungkin walaupun dengan jumlah yang rendah dan sedikit. Pelaburan yang dilakukan pula mestilah untuk satu tempoh jangka masa panjang.

Pendapatan

Gaji yang tinggi tidak bermakna anda akan selamat dari masalah kewangan. Percayalah, semakin tinggi gaji anda, semakin besar masalah kewangan yang anda bakal hadapi.

Berikut adalah antara sebab-sebabnya:
1. Anda menjadi sasaran utama skim cepat kaya
2. Anda lebih terikut gaya hidup yang mahal untuk menjaga status bergaji tinggi
3. Anda menjadi sasaran pihak yang menjual produk kewangan seperti pinjaman peribadi dan kad kredit.

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pendapatan kedua atau tambahan menjadi sesuatu yang mesti dilakukan. Semakin banyak pendapatan sampingan yang anda terima, semakin banyak simpanan serta pelaburan yang anda boleh lakukan.

Bagi golongan yang makan gaji, gunakan slip gaji anda sebaiknya dengan menambah aset seperti rumah. Beli rumah mengikut kemampuan dan jadikan satu pelaburan jangka masa panjang anda.

Ilmu

Ilmu pengurusan kewangan tidak dapat anda belajar semasa di dalam kelas di universiti. Kebanyakan ilmu kewangan dan pelaburan hanya boleh anda belajar selepas tamat pengajian di peringkat universiti.

Oleh itu, gunakan sebaiknya masa muda anda untuk terus belajar dari orang yang berpengalaman. Laburkan sedikit duit anda untuk dapatkan ilmu pengetahuan. Pada hari ini, terdapat ramai individu yang sering berkongsi ilmu pengurusan kewangan sama ada melalui seminar, buku atau di lamam sosial.

Lupakan dahulu semua 'kehendak' atau 'keinginan' yang anda ingin nikmati ketika waktu muda.

Baca : Piramid kewangan ini memudahkan pengurusan kewangan anda

Rancangan kewangan

Salah satu punca utama mereka yang menghadapi masalah kewangan adalah kerana gagal merancang kewangan mereka dengan baik. Hidup tanpa matlamat yang jelas hanya sia-sia sahaja. Waktu terbaik untuk anda mula merancang kewangan anda adalah ketika masih muda.

Berikut adalah beberapa perkara asas yang perlu ada dalam rancangan kewangan anda:

1. Pemilikan aset
2. Jumlah simpanan kecemasan
3. Pelaburan jangka masa panjang
4. Perlindungan kepada pendapatan anda

Jika anda merancang untuk mendapatkan perkara tersebut, anda sudah berjaya merancang kewangan anda dengan baik. Tugas anda kini hanyalah untuk melaksanakan 'tindakan' untuk mendapatakan pengurusan kewangan yang baik.

Baca : Sebutharga pelan perlindungan untuk diri dan keluarga

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post