5 matlamat kewangan untuk tahun 2017 yang anda wajib usahakan [Ulasan penuh]

Image result for new financial objectiv
Apabila tiba tahun baru, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menentukan matlamat atau azam bagi tahun tersebut. Salah satu matlamat yang perlu anda tetapkan adalah berkenaan matlamat kewangan.

Sebelum itu, lihat semula matlamat pada tahun 2016, adakah anda sudah capai semua matlamat tersebut? Jika sudah, anda boleh teruskan dengan matlamat baru yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Namun, jika masih belum tercapai, anda masih boleh teruskan matlamat tersebut pada tahun baru ini.

Berikut adalah antara matlamat kewangan yang anda wajib usahakan pada tahun 2017.

Simpanan

Seperti biasa, perkara asas dalam pengurusan kewangan adalah berkenaan simpanan tetap setiap bulan. Bagaimana simpanan anda pada tahun lepas?

Simpanan kecemasan : Jika masih belum mencukupi sehingga 6 bulan gaji, tahun 2017 pastikan anda boleh cukupkan jumlah simpanan bersamaan 6 bulan gaji atau pendapatan anda.

Simpanan kehendak : Jika anda mempunyai rancangan untuk melakukan aktiviti seperti melancong atau beli barang yang anda kehendaki, mula buat simpanan seawal mungkin.

Bagi tahun 2017 ini, kurangkan simpanan dan tukar wang tunai anda ke dalam bentuk pelaburan. Ya, tukar ke pelaburan bagi mengatasi masalah nilai matawang yang semakin menurun. Semakin banyak anda simpan, semakin banyak penurunan matawang tersebut.

Kaedah menyimpan : Simpan sebelum berbelanja

Pendapatan

Jika pada tahun lepas pendapatan anda hanya dari gaji pekerjaan sahaja, tahun 2017 ini anda perlu tambah pendapatan lain. Jika anda terlau fokus untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi tidak menambah pendapatan, gaya hidup anda akan berubah dan tidak berkualiti.

Artikel menarik berkenaan 'pendapatan':


Pelaburan

Awas! Ketika ekonomi sedang merudum, terdapat golongan yang aktif mengambil kesempatan untuk menipu orang lain melalui skim cepat kaya. Ramai orang mula terdesak untuk mendapatkan duit dan skim cepat kaya ini akan mewarnai tahun 2017.

Pastikan anda melabur di tempat yang betul serta menepati matlamat pelaburan anda. Di mana tempat untuk anda melabur pada tahun 2017?

Hartanah

Pasaran hartanah untuk tahun 2017 dijangka untuk terus bergerak secara perlahan dan ini memberi peluang kepada orang ramai untuk beli rumah pada harga yang lebih rendah. Selain itu, pasaran lelong juga sangat aktif dengan beberapa unit rumah yang dilelong pada harga yang sangat rendah.

Unit trust

Ketika ini, pasaran saham juga masih lagi dalam keadaan perlahan termasuk juga unit trust. Dengan harga yang rendah, anda akan mendapat keuntungan jika tambah unit bagi setiap dana pelaburan anda.

Emas

Awal tahun 2017 ini, harga emas masih lagi pada paras yang sangat rendah. Mulakan langkah pertama anda dengan pembelian emas pada awal 2017 untuk jangka masa panjang.

Artikel menarik berkenaan 'pelaburan':

Pelbagaikan pelaburan anda : Jika pada tahun lepas anda sudah melabur dalam satu instrumen pelaburan, tahun ini anda boleh melabur melalui instrumen pelaburan lain pula.


Perlindungan

Dua perkara yang akan sentiasa menjadi mahal dan naik harga : harga rumah dan premium takaful. Pada tahun lepas, kos perubatan bagi sesetengah rawatan sudah mula meningkat dan membebankan. Oleh itu, bagi mengelakkan masalah kehilangan wang untuk tampung kos perubatan, pelan perlindungan pendapatan adalah pilihan yang baik.

Berapa jumlah yang anda perlu belanja untuk dapatkan pelan perlindungan? Jangan melebihi 10% dari gaji anda. Ingat! Fungsi utama takaful adalah perlindungan bukannya simpanan atau pelaburan. Fokus kepada perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda.

Jika anda masih tiada bajet untuk ambil pelan perlindungan yang lengkap (kad perubatan dan pampasan), ambil salah satu dahulu.

Jika anda masih menangguh untuk ambil pelan perlindungan, ini bermakna anda meletakkan semua simpanan dan pelaburan anda dalam risiko yang tinggi.

Artikel menarik berkenaan 'perlindungan':


Aset

Kenaikan harga rumah setiap tahun menjadi satu masalah kepada rakyat yang tidak mempunyai pendapatan yang tinggi atau sudah mempunyai hutang yang tinggi.

Pada tahun 2017 ini, semak semula kelayakan pembelian aset atau rumah anda. Fokus kepada rumah yang anda 'mampu' untuk miliki berbanding rumah yang anda 'ingin' miliki.

Jika anda masih baru dalam hartanah, jadikan tahun 2017 ini sebagai tahun untuk menambah ilmu melalui pembelian buku, hadir ke seminar dan baca di internet. Tidak salah untuk anda beli rumah pertama anda rumah yang kecil saiznya kerana ia tetap menjadi aset anda.

Selain itu, rumah yang murah juga tidak berisiko tinggi serta mampu untuk dimiliki.

Artikel menarik berkenaan 'hartanah':

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post