Rahsia jana RM2,000 sebulan dengan Uber secara sambilan sahaja


Jika anda mempunyai kereta dan ingin tambah pendapatan, perkhidmatan sebagai pemandu Uber adalah salah satu pilihan yang sangat baik. Bukan sahaja sebagai pemandu separuh masa, sudah ramai yang mula memandu Uber sebagai pemandu sepenuh masa.

Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh lakukan untuk menjana wang melalui perkhidmatan Uber.

Fokus kawasan Hot 

Salah satu tip untuk mendapat permintaan yang tinggi adalah kawasan yang menjadi tumpuan ramai. Kawasan yang menjadi pilihan tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Permintaan tinggi tetapi jarak dekat

Kawasan ini adalah seperti di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur di mana penumpang biasanya lebih gemar untuk menggunakan perkhidmatan Uber untuk pergi kawasan yang berhampiran iaitu di dalam Kuala Lumpur juga.

Permintaan seperti ini memang banyak tetapi jarak perjalanan adalah kawasan berhampiran sahaja. Jika anda memilih kawasan seperti ini, anda memerlukan trip yang banyak untuk mendapat keuntungan yang lebih.

Kelebihan kawasan seperti ini adalah anda tidak perlu keluar jauh dari kawasan tersebut dan sesuai jika anda juga tinggal di kawasan tersebut.

Permintaan sedikit tetapi jarak jauh

Kawasan seperti ini adalah seperti lapangan terbang, stesen bas atau bangunan kerajaan di Putrajaya. Kebanyakan penumpang yang turun di lapangan terbang biasanya tinggal jauh dari lapangan terbang tersebut.

Anda boleh cuba untuk tunggi di lapangan terbang seperti di KLIA atau Subang Airport di mana permintaan terhadap Uber sangat tinggi.

Untuk melihat kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi, anda boleh melihat melalui Apps yang disediakan.

Tak perlu buang masa menunggu

Semasa anda dalam perjalanan untuk menurunkan penumpang, anda juga boleh menerima satu permintaan dari penumpang yang berhampiran. Ini bermakna anda tidak perlu buang masa untuk menunggu penumpang yang seterusnya.

Anda boleh turunkan penumpang seterusnya dan pada masa yang sama mengambil penumpang yang baru.

Minta penumpang untuk beri 5 bintang

Perkara pertama yang perlu anda buat sebagai pemandu Uber adalah untuk menjadi ramah dan mesra dengan penumpang anda. Apabila anda penumpang merasa selesa dengan servis yang anda berikan, mereka akan beri andaa 5 bintang kepada anda.

Kenapa perlu 5 bintang?

Jika anda berada di kawasan yang ramai dengan pemandu Uber dan permintaan yang rendah, permintaan tersebut akan pergi kepada pemandu Uber yang mempunyai 5 bintang dahulu. Maknanya, jika anda mempunyai 5 bintang, anda akan diberi keutamaan berbanding pemandu lain.

Anda juga boleh meminta jasa baik penumpang anda untuk berikan 5 bintang selepas turun dari kereta anda. Penumpang yang berpuas hati dengan layanan anda tidak akan mempunyai masalah untuk memberikan 5 bintang tersebut.

Bagaimana untuk dapatkan 5 bintang tanpa meminta?
- Sediakan makanan atau minuman ringan kepada penumpang anda
- Mainkan lagu atau radio permintaan penumpang
- Pastikan kereta anda bersih dan bebas dari segala bau yang tidak menyenangkan
- Sentiasa berpakaian dan berkelakuan profesional

Manfaatkan Surge Price

Apabila permintaan Uber terlalu tinggi terutamanya dikawasan yang sibuk, kadar harga Uber akan meningkat sehingga 2.5 kali ganda. Oleh itu, gunakan sebaiknya kelebihan surge price tersebut untuk meningkat pendapatan anda.

Walau bagaimanapun, kenaikan kadar harga tersebut akan kembali turun apabila pemintaan semakin berkurang. Pelanggan akan menerima satu notis kenaikan kadar harga tersebut sebelum mereka bersetuju dengan kenaikan tersebut.

Bagaimana untuk dapatkan RM2,000 sebulan secara sambilan sahaja

Kadar keuntungan sebagai pemandu Uber berbeza mengikut jenis kereta iaitu UberX, UberXL dan UberBlack.

Jika anda mempunyai kereta Myvi atau Saga (kategori UberX), contoh pengiraan kasar adalah seperti berikut:

Jarak perjalanan : 17 KM
Tempoh perjalanan : 30 minit
Anggaran pendapatan : RM15.00 selepas tolak yuran Uber (25%)

Jika hari biasa (Isnin hingga Jumaat) anda buat pada waktu malam untuk tempoh 2 jam, anggaran pendapatan anda adalah RM60 sehari. Manakala pada hujung minggu pula, anda buat untuk tempoh 5 jam sahaja, anggaran pendapatan anda adalah RM150 sehari.

Secara kasar, pendapatan anda adalah seperti berikut:

Hari biasa : RM60 x 20 hari = RM1,200
Hari minggu : RM150 x 8 hari = RM1,200

Jumlah pendapatan untuk sebulan : RM2,400

Bagaimana untuk bermula sebagai pemandu Uber?

1. Daftar melalui website disini Uber
2. Download Apps Uber Partner (akan diberikan selepas anda mendaftar)
3. Anda diminta untuk berikan kad pengenalan, lesen memandu dan cover note insuran kereta.
4. Jika dokumen semuanya sudah lengkap, anda sudah boleh mula bekerja. (biasanya ambil masa 2 hingga 3 hari)

DAFTAR SEKARANG

Baca : Tip jimat duit yang anda boleh lakukan ketika pergi melancong

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)