Kerja makan gaji susah jadi kaya?Ada caranya

Related image

Kebanyakan orang kaya biasanya mempunyai perniagaan mereka tersendiri yang memboleh mereka menjadi kaya. Perniagaan yang hebat membolehkan mereka menjadi kaya. 

Namun, tidak semua orang mempunyai kebolehan untuk menguruskan perniagaan tetapi pada masa yang sama ingin menjadi kaya.

Bagi golongan yang makan gaji, pelaburan adalah salah satu alat yang boleh membantu mereka menjadi kaya. Berikut adalah beberapa cara bagi mereka yang bekerja makan gaji untuk menjadi kaya.

Pelaburan hartanah

Salah satu sebab kenapa ramai yang sukar untuk membeli rumah adalah tidak mampu meyakinkan pihak bank kebolehan untuk membayar semula pembiayaan perumahan tersebut. Perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti komitmen yang tinggi seperti hutang peribadi, hutang kereta dan kad kredit.

Jika anda seorang yang bekerja makan gaji, pastikan slip gaji anda digunakan sebaiknya untuk mendapatkan rumah pertama. Pelaburan hartanah menjadi lebih mudah jika anda mempunyai slip gaji yang diberikan oleh majikan anda.

Anda boleh beli beberapa buah rumah sebagai pelaburan pada masa akan datang. Salah satu contoh keuntungan melalui pelaburan hartanah seperti rumah teres yang berada di Klang. Pada tahun 2010, harga jualan awal adalah RM400,000 dan kini mencecah sehingga RM1juta. Berdasarkan kenaikan harga rumah ini, keuntungan kasar adalah RM600,000.


Nilai keuntungan ini sudah cukup untuk menampung perbelanjaan persaraan anda. Oleh itu, jangan biarkan slip gaji anda dipenuhi dengan hutang yang tidak bermanfaat seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan kad kredit.

Pelaburan saham

Selain pelaburan hartanah, anda juga boleh cuba untuk menyertai pelaburan saham. Pelaburan saham memerlukan pengalaman dan ilmu yang teknikal. Mulakan pelaburan anda dengan ilmu pengetahuan dengan membeli buku, menyertai seminar, bantuan secara peribadi dan modal yang anda sanggup rugi.

Anda boleh mencontohi seorang pelabur yang hebat iaitu Warrent Buffet yang mula membeli saham ketika masih muda dan beli secara konsisten untuk jangka masa panjang. Risiko untuk pelaburan saham jangka masa panjang lebih rendah berbanding untuk jangka masa pendek atau intraday.


Anda boleh buka akaun CDS di beberapa buah bank seperti Maybank dan RHB dengan modal yang sangat rendah. Simpan 10% hingga 20% dari gaji anda setiap bulan atau gunakan bonus tahunan anda untuk membeli saham.

Pelaburan unit trust

Pelaburan unit trust antara pelaburan paling mudah tetapi memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Dengan purata keuntungan 10% hingga 12% setahun, anda boleh mula menjana keuntungan sejak dari muda lagi.

Contohnya, jika anda menyimpan sebanyak RM300 setiap bulan selama 30 tahun secara tetap, wang terkumpul boleh mencecah sehingga RM1 juta. Jika anda bermula ketika berumur 25 tahun, wang tersebut boleh digunakan ketika anda berumur 55 tahun sebagai wang persaraan.

Jika mahu cepat mendapat keuntungan, anda boleh meningkatkan lagi jumlah pelaburan setiap bulan ke RM500 atau RM1,000 setiap bulan.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post