Cara kira faraid bagi pembahagian harta pusaka




Salah satu konsep kewangan yang perlu diambil tahu oleh semua orang Muslim adalah berkenaan konsep faraid. Sistem atau konsep faraid ini sangat penting bagi mengelakkan masalah pergaduhan antara ahli keluarga dalam perebutan harta pusaka.

Apa itu faraid? 

Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian individu yang telah ditetapkan oleh hukum syarak ke atas waris atau individu yang layak.


Berikut adalah contoh pengiraan faraid atau pembahagian harta mengikut hukum syarak.

Situasi 1:

Seorang suami yang baru sahaja meninggal dan meninggalkan waris serta ahli keluarga seperti berikut:
  • Ayah
  • Ibu
  • Isteri
  • Anak lelaki
  • Anak perempuan
Jika suami mempunyai wang tunai yang berjumlah RM1juta (selepas tolak semua hutang, kos sepencarian dan lain-lain), berikut adalah pembahagian wang tersebut:
  • Ayah - 1/6 (RM1,000,000 x 1/6 = RM166,666.67)
  • Ibu - 1/6 (RM1,000,000 x 1/6 = RM166,666.67)
  • Isteri - 1/8 (RM1,000,000 x 1/8 = RM125,000)
Manakala anak pula akan menerima lebihan dari jumlah ahli keluarga atau waris yang lain ( RM1,000,000 - RM458,333.33 = RM541,666.67). Nisbah yang digunakan adalah anak lelaki 2:1 anak perempuan.
  • Anak lelaki = RM361,111,13
  • Anak perempuan = RM180,555.57

Situasi 2:

Seorang suami yang baru sahaja meninggal dan meninggalkan waris serta ahli keluarga seperti berikut:
  • Ayah
  • Ibu
  • Isteri
  • Anak perempuan
Jika suami mempunyai wang tunai yang berjumlah RM1juta (selepas tolak semua hutang, kos sepencarian dan lain-lain), berikut adalah pembahagian wang tersebut:
  • Ayah - 1/6 (RM1,000,000 x 1/6 = RM166,666.67)
  • Ibu - 1/6 (RM1,000,000 x 1/6 = RM166,666.67)
  • Isteri - 1/8 (RM1,000,000 x 1/8 = RM125,000)
  • Anak perempuan - 1/2 (RM1,000,000 x 1/2 = RM500,000)
Manakala baki RM41,666,67 (RM1,000,000 - RM958,333.34) akan diberikan kepada ayah.

Oleh itu, ayah akan menerima RM208,333.34 (RM166,666.67 + RM41,666.67) 

Contoh pengiraan diatas adalah berdasarkan contoh ahli keluarga dan waris yang sama seperti diatas sahaja. Jika anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang berlainan, sila dapatkan nasihat dari pihak yang bertanggungjawab.

Bagi individu yang menggunakan konsep hibah, wang tunai tersebut tidak perlu menggunakan konsep faraid kerana wang tunai tersebut boleh diberikan secara terus kepada individu pilihan. [Info hibah]

9 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post