Cara kira faraid bagi pembahagian harta pusaka




Salah satu konsep kewangan yang perlu diambil tahu oleh semua orang Muslim adalah berkenaan konsep faraid. Sistem atau konsep faraid ini sangat penting bagi mengelakkan masalah pergaduhan antara ahli keluarga dalam perebutan harta pusaka.

Apa itu faraid? 

Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian individu yang telah ditetapkan oleh hukum syarak ke atas waris atau individu yang layak.


Berikut adalah contoh pengiraan faraid atau pembahagian harta mengikut hukum syarak.

Situasi 1:

Seorang suami yang baru sahaja meninggal dan meninggalkan waris serta ahli keluarga seperti berikut:
  • Ayah
  • Ibu
  • Isteri
  • Anak lelaki
  • Anak perempuan
Jika suami mempunyai wang tunai yang berjumlah RM1juta (selepas tolak semua hutang, kos sepencarian dan lain-lain), berikut adalah pembahagian wang tersebut:
  • Ayah - 1/6 (RM1,000,000 x 1/6 = RM166,666.67)
  • Ibu - 1/6 (RM1,000,000 x 1/6 = RM166,666.67)
  • Isteri - 1/8 (RM1,000,000 x 1/8 = RM125,000)
Manakala anak pula akan menerima lebihan dari jumlah ahli keluarga atau waris yang lain ( RM1,000,000 - RM458,333.33 = RM541,666.67). Nisbah yang digunakan adalah anak lelaki 2:1 anak perempuan.
  • Anak lelaki = RM361,111,13
  • Anak perempuan = RM180,555.57

Situasi 2:

Seorang suami yang baru sahaja meninggal dan meninggalkan waris serta ahli keluarga seperti berikut:
  • Ayah
  • Ibu
  • Isteri
  • Anak perempuan
Jika suami mempunyai wang tunai yang berjumlah RM1juta (selepas tolak semua hutang, kos sepencarian dan lain-lain), berikut adalah pembahagian wang tersebut:
  • Ayah - 1/6 (RM1,000,000 x 1/6 = RM166,666.67)
  • Ibu - 1/6 (RM1,000,000 x 1/6 = RM166,666.67)
  • Isteri - 1/8 (RM1,000,000 x 1/8 = RM125,000)
  • Anak perempuan - 1/2 (RM1,000,000 x 1/2 = RM500,000)
Manakala baki RM41,666,67 (RM1,000,000 - RM958,333.34) akan diberikan kepada ayah.

Oleh itu, ayah akan menerima RM208,333.34 (RM166,666.67 + RM41,666.67) 

Contoh pengiraan diatas adalah berdasarkan contoh ahli keluarga dan waris yang sama seperti diatas sahaja. Jika anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang berlainan, sila dapatkan nasihat dari pihak yang bertanggungjawab.

Bagi individu yang menggunakan konsep hibah, wang tunai tersebut tidak perlu menggunakan konsep faraid kerana wang tunai tersebut boleh diberikan secara terus kepada individu pilihan. [Info hibah]

Comments

darikami said…
Suami meninggal.
Harta mau di faraid.

Ayah suami telah meninggal
Ibu suami telah meninggal

Isteri pertama (telah meninggal)
Anak lelaki 2 org (hidup)
Anak Perempuan 1 org (telah meninggal)

Isteri kedua (hidup)
Anak lelaki 4 orang
Anak perempuan 2 org

Camne Bhg faraid setiap orang?
Insan buntu said…
Assalamualaikum.. boleh bantu sy utk pengiraan faraid... duit sebanyak rm33.000 nak difaraidkan kepada

-isteri
-1 anak lelaki
-4 anak perempuan
Insan buntu said…
Assalamualaikum.. boleh bantu sy utk pengiraan faraid... duit sebanyak rm33.000 nak difaraidkan kepada

-isteri
-1 anak lelaki
-4 anak perempuan
Anonymous said…
Antara suami dan isteei pertama siapa meninggal dunia dahulu?

Anonymous said…
Assalamualaikum...boleh bantu tak sy buat pengiraan faraid...duit sebanyak rm30k nak tahu pembahagian kepada :

Anak lelaki 1 (bongsu)

Anak perempuan 5

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)