Pergi seminar banyak kali tetapi masih belum ambil tindakan. Ini puncanya.


Image result for seminar

Pernah tak anda pergi ke seminar untuk mendapatkan ilmu baru tetapi masih belum ambil tindakan sehingga hari ini. Ada juga yang sudah ambil tindakan tetapi masih tidak berjaya seperti yang di ajar ketika di dalam kelas.

Jika anda sudah pergi seminar, itu adalah langkah pertama anda untuk mencapai sesuatu. Namun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu sudah mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak tetapi masih tidak mengambil sebarang tindakan.

Tidak tahu sebab utama

Kebanyakan yang hadir ke seminar adalah untuk mendapatkan ilmu baru supaya boleh membantu mereka mencapai kejayaan. Masih juga terdapat individu yang hadir ke seminar kerana mengikut kawan atau sekadar ingin melihat.

Selain itu, terdapat juga individu yang hanya sekadar untuk tahu rahsia kejayaan orang lain berjaya tetapi tidak mahu mengikutnya. Sebelum hadir ke seminar, pastikan anda sudah tahu tujuan utama anda hadir ke seminar tersebut.

Lebih baik lagi jika anda boleh menyediakan beberapa soalan yang anda ingin tanya supaya anda tidak terlupa ketika berada di seminar tersebut dan terus fokus kepada matlamat anda hadir ke seminar.

Jika semua persoalan anda terjawab, ini lebih mudah untuk anda mengambil tindakan yang sewajarnya seperti yang di ajar.

Takut ambil risiko

Ilmu pengetahuan sangat penting sebelum kita mengambil sebarang tindakan bagi mengelakkan kerugian. Namun, jika terlalu berjaga-jaga dan takut mengambil risiko juga menyebabkan anda tidak akan belajar perkara yang baru.

Baru : Orang muda : Beli rumah atau travel dahulu?

Ilmu pengetahuan yang baru bukan sahaja boleh didapati di dalam kelas malah melalui pengalaman sendiri juga. Anda tidak boleh buang risiko sepenuhnya tetapi boleh mengurangkannya.

Tiada dorongan

Ruang diantara ilmu pengetahuan dan tindakan adalah dorongan atau motivasi. Motivasi adalah penggerak untuk orang yang berilmu untuk mengambil tindakan. Motivasi juga menjadi sebab setiap individu terus bergerak dan mengambil tindakan walaupun pelbagai halangan yang ditempuhi.

Antara contoh motivasi yang kuat dan membantu kita mengambil tindakan adalah keluarga, mahu ubah taraf hidup dan banyak lagi. Semua motivasi ini menjadikan anda lebih menghargai ilmu pengetahuan yang diajar dan terus mengambil tindakan.

Baca : Ini cara buat aduan sekiranya anda ditipu ketika transaksi jual beli

Selain itu, apabila anda pergi ke seminar, pastikan anda dapatkan kawan baru yang mempunyai matlamat sama. Anda dan kawan baru tersebut boleh menjadi pendorong antara satu sama lain kerana keduanya mempunyai impian yang sama iaitu ingin berjaya.

Sikap negatif

Salah satu adab jika anda ingin mendapatkan ilmu pengetahuan baru adalah dengan buka minda anda seluasnya. Setiap ilmu yang diajar adalah bermanfaat walaupun anda sudah mengetahuinya.

Orang yang posifit lebih mudah untuk mengambil tindakan kerana mereka percaya usaha mereka akan berhasil. Tetapi, bagi golongan yang negatif pula, mereka akan cuba mencari alasan untuk tidak mengambil tindakan.

Oleh itu, pastikan apabila anda pergi ke seminar, berkenalan dengan rakan-rakan baru yang positif.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post