Cara mudah untuk rancang pelan persaraan untuk bersara lebih awal


Image result for early retirement
Ramai yang merancang untuk bersara awal sama ada ketika umur 30 tahun, 40 tahun atau 50 tahun. Terdapat beberapa faktor seperti mahu fokus kepada keluarga, mahu melakukan perkara yang diminati dan banyak lagi.

Dalam pengurusan kewangan, terdapat beberapa faktor yang perlu dilihat dengan teliti sebelum kita boleh bersara lebih awal. Faktor utama adalah sumber kewangan yang kukuh tanpa melakukan sebarang pekerjaan.

Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk merancang pelan persaraan anda.

Tentukan umur persaraan?

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah untuk mengetahui usia yang sesuai untuk bersara. Jika anda mahu bersara ketika umur 30 tahun, ini bermakna anda perlu bekerja keras selama 5 tahun (mula dari umur 25 tahun).

Namun, terdapat dua definisi 'bersara' yang ada di Malaysia. Pertama, bersara terus dari melakukan pekerjaan dan mula menikmati kehidupan. Kedua, bersara dari pekerjaan hakiki atau 'makan gaji' dan lakukan perkara yang anda minat seperti perniagaan yang diinginkan.

Baca : 5 perkara yang anda boleh lakukan jika mempunyai RM100,000

Pendapatan yang anda perlukan

Seterusnya, tentukan jumlah pendapatan bulanan yang anda perlukan untuk teruskan hidup tanpa sebarang masalah. Jumlah pendapatan tersebut bergantung kepada gaya hidup sesorang yang berbeza. Sesetengah individu sudah selesa dengan pendapatan RM5,000 sebulan manakala ada juga individu yang perlukan RM10,000 sebulan.

Jika anda mahu bersara dan pergi melancong ke luar negara, anda mungkin memerlukan pendapatan yang lebih besar setiap bulan. Namun, jika anda mahu bersara dan tinggal di kawasan kampung untuk menikmati ketenangan, jumlah yang diperlukan tidak terlalu tinggi.

Pelaburan yang sesuai

Selepas anda menentukan jumlah pendapatan bulanan yang diperlukan, anda sudah boleh merancang beberapa cara untuk mendapatkan pendapatan tersebut.

Pengiraan asas, jika anda mempunyai wang tunai sejumlah RM1,000,000, anda sudah boleh bersara dengan pendapatan bulanan sebanyak RM5,000 jika anda meletakkan wang tersebut di dalam akaun Tabung Haji atau pelaburan yang mampu beri pulanga serendah 6% setahun.

Untuk mendapatkan RM1,000,000 tunai melalui perniagaan bukanlah sesuatu yang sukar. Namun, bagi mereka yang tidak meminati perniagaan, boleh cuba mendapatkan wang tersebut melalui pelaburan.

Baca : Perbezaan keuntungan simpanan ASB dan pembiayaan ASB

Jika anda menyimpan RM1,000 setiap bulan (RM12,000 setahun) dalam akaun bank, anda memerlukan 83 tahun untuk mencukupkan wang simpanan tersebut untuk menjadi RM1,000,000. Berbeza pula jika anda menyimpan RM300 setiap bulan di dalam akaun unit trust, anda hanya memerlukan 30 tahun untuk mendapatkan jumlah yang sama.

Manakala melalui pelabura hartanah pula, peningkatan harga rumah selepas 5 tahun yang tinggi memudahkan anda mengumpul wang tersebut. Berdasarkan beberapa kes bagi rumah baru yang dibina pada harga RM500,000, rumah tersebut telah meningkat nilainya sehingga RM1juta selepas beberapa tahun sahaja. Ini bermakna, anda sudah boleh dapat keuntungan kasar sebanyak RM500,000 dengan satu unit rumah sahaja.

Selain itu, jika pendapatan pasif anda juga sudah melebihi dari jumlah yang anda perlukan, anda sudah boleh bersara lebih awal. Contohnya, jika anda mempunyai rumah sewa yang mampu berikan anda pulangan positif RM5,000 setiap bulan, jumlah tersebut sudah mencukupi.

Perlindungan pendapatan

Salah satu kos hidup yang menelan belanja yang tinggi adalah kos perubatan. Sesetengah kos perubatan bagi penyakit kritikal boleh menelan belanja sehingga melebihi RM100,000. Jika anda tidak mempunyai pelan perlindungan, anda terpaksa menggunakan simpanan anda sendiri sebanyak RM100,000 dan perkara ini akan menyukarkan anda untuk bersara lebih awal.

Untuk penjimatan, ambil pelan perlindungan ketika umur masih muda dan ketika masih tiada sebarang penyakit kerana caruman lebih murah. Selain itu, terdapat juga beberapa pakej perlindungan yang menawarkan nilai tambahan atau simpanan ketika anda berumur 55 tahun.

Selain itu, pampasan untuk waris juga penting supaya mereka tidak terbeban jika sesuatu berlaku kepada diri kita. Dapatkan nasihat dari mereka yang pakar berkenaan jumlah perlindungan yang sesuai dengan diri anda di www.duitkertas.com.

Aset tanpa hutang

Akhir sekali, rancang tempat tinggal yang anda mahukan lebih awal sama ada mahu tinggal di kampung atau di bandar. Jika anda beli rumah ketika usia masih muda iaitu 25 tahun dengan tempoh pembiayaan sehingga 30 tahun, rumah anda akan bebas dari hutang ketika anda berusia 55 tahun.

Jika anda mahu bebaskan rumah tersebut dari hutang lebih awal, anda boleh pendekkan tempoh pembiayaan dengan pihak bank.

Baca : Ambil pampasan secukupnya supaya waris anda tidak terbeban

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post