Bersihkan hutang anda tanpa perlu 'turun ke padang'


Masalah kewangan seperti hutang yang tinggi menyebabkan hidup seseorang tidak teratur dan kesannya bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi kepada keluarga juga. Tanpa ilmu yang betul, masalah kewangan tersebut sukar untuk selesaikan dengan baik.

Salah satu cara terbaik adalah dengan mendapatkan bantuan dari pihak yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah. Untuk mendapatkan bantuan tersebut, anda perlu datang sesi temujanji untuk menyelsaikan masalah tersebut.

Namun, dengan teknologi serta bantuan internet, anda kini boleh dapatkan bantuan berkenaan kewangan hanya dari rumah. Berikut adalah beberapa pihak yang boleh membantu anda.

Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)

AKPK adalah salah satu agensi yang boleh membantu anda merancang kewangan serta menyelesaikan masalah kewangan anda. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis maklumat kewangan di laman web mereka.

Untuk menyelesaikan masalah kewangan, anda boleh membuat sesi temujanji dengan mereka untuk berjumpa terus di pejabat mereka. Selain itu, anda juga boleh terus ke Facebook rasmi mereka dan dapatkan bantuan berkenaan masalah kewangan anda.                            

Jika anda ingin dapatkan bahan bacaan berkenaan pengurusan kewangan, anda boleh dapatkan buku yang dikeluarkan oleh pihak AKPK sendiri dengan harga serenade RM5 hingga RM10 sebuah buku.

Facebook Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Mentor

Melalui Facebook sahaja, anda boleh lihat ramai individu yang sudi berkongsi pengalaman dan ilmu berkenaan pengurusan kewangan. Oleh itu,gunakan peluang ini sebaiknya dengan mengikuti perkongsian tersebut serta kongsikan dengan rakan-rakan anda.

Baca : Cara mudah untuk merancang persaraan anda lebih awal

Anda juga boleh terus menghantar mesej peribadi kepada individu tersebut untuk dapatkan pandangan berkenaan pengurusan kewangan atau cara untuk menyelesaikan masalah kewangan anda. Jika masih kurang berkesan, anda boleh dapatkan bantuan mereka untuk sesi temujanji untuk penerangan yang lebih jelas.

Nasihat Kewangan

Salah satu Page Facebook berkenaan pengurusan kewangan yang aktif adalah Nasihat Kewangan. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis maklumat kewangan seperti simpanan, aset, pelaburan dan perlindungan.

Selain itu, anda juga boleh menempah sesi temujanji dengan mereka di Lembah Klang secara percuma jika anda mahu dapatkan idea pengurusan kewangan yang baik. Ramai yang sudah dapatkan khidmat nasihat mereka sama ada melalui Facebook atau sesi temujanji terutama berkenaan pelaburan dan perlindungan. Untuk dapatkan bantuan kewangan, anda boleh tanya disini Nasihat Kewangan

Perancang Kewangan Berdaftar

Akhir sekali, anda boleh dapatkan bantuan perancang atau perunding kewangan yang mempunyai lesen atau berdaftar untuk memberi nasihat berkenaan kewangan. Namun, anda perlu lebih berkaitan-hati dengan perunding kewangan yang hanya ingin menjual produk kewangan mereka.

Untuk menyelesaikan masalah kewangan, anda boleh menggunakan instrumen kewangan lain sebagai jalan penyelesaian. Oleh itu, dapatkan maklumat berkenaan maklumat kewangan dari perunding kewangan dengan jelas sama ada kelebihan atau kekurangan produk tersebut.

Baca : Dapatkan quotation perlindungan percuma mengikut bajet anda

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)