Bagaimana untuk dapatkan tiket Air Asia secara percuma


Nak terbang percuma dengan Air Asia? Kumpul mata BIG Air Asia dan anda boleh dapatkan tiket kapal terbang percuma. Namun, ia bukanlah percuma sepenuh kerana anda masih perlu bayar cukai lapangan terbang.

Jika anda minat untuk pergi melancong ke luar negara, anda boleh gunakan kaedah ini. Berikut adalah beberapa cara anda boleh kumpul mata BIG Air Asia dan dapatkan tiket percuma anda.

Kad kredit

Antara bank yang terlibat adalah seperti Maybank, CIMB, UOB, RHB, CITI dan banyak lagi. Mata terkumpul untuk kad kredit tersebut boleh ditukar ke mata BIG Air Asia.

Contohnya, mata treatpoints untuk Maybank sebanyak 7420 boleh ditukar ke 1000 mata BIG Air Asia. Dengan 1000 mata BIG Air Asia tersebut, anda boleh tempat tiket ke Krabi, Phuket dan banyak lagi ketika waktu promosi. Bagi kad kredit Public Bank pula, anda boleh tukar mata terkumpul sebanyak 7000 kepada 2000 mata BIG Air Asia.

Pastikan anda gunakan sebaiknya kad kredit anda untuk mendapat manfaat percutian ini.

Baca : Kenapa pelan persaraan perlu bermula sejak dari muda lagi

Tempah hotel

Selain itu, anda juga boleh mendapat mata BIG Air Asia apabila anda menempah hotel melalui Agoda.com atau Booking.com.

Setiap tempahan yang anda buat melalui Booking.com sebanyak USD1, anda boleh tukar ke 4 mata BIG Air Asia. Contohnya, jika anda menempah sebuah bilik dengan harga USD100, anda akan dapat 400 mata BIG Air Asia.

Anda juga boleh mendapat mata BIG Air Asia jika anda menetap di hotel seperti Sunway Resort, Hotel Concorde, Lakehouse dan banyak lagi.

Beli belah

Jika anda gemar untuk membeli belah di pasaraya, anda mungkin boleh pergi ke Mydin atau Paradigm Mall. Mata terkumpul yang anda perolehi melalui kad Meriah Mydin boleh ditukar ke mata BIG Air Asia.

Bagi setiap 1000 mata kad Meriah Mydin, anda boleh tukar ke 250 mata BIG Air Asia. Manakala bagi perbelanjaan di Paradigm Mall pula, anda boleh tukar setiap perbelanjaan iaitu RM1 bersamaan 1 mata pada hujung minggu dan 2 mata pada hari bekerja.

Baca : Orang Muda : Beli rumah atau Travel dahulu?

Contohnya, anda beli di dalam kedai Paradigm Mall dengan jumlah RM200 ringgit pada hari bekerja, anda boleh dapat 400 mata BIG Air Asia. Namun, perbelanjaan tersebut tidak termasuk perbelanjaan di Tesco, tambah nilai dan pertukaran mata wang.

Selain itu, bagi yang berminat untuk membeli belah secara dalam talian, anda boleh menggunakan lazada.com.my. Setiap RM1 yang anda belanjakan, anda akan dapat 1 mata BIG Air Asia.

Petrol

Hanya Petron sahaja yang mengambil bahagian dalam mata BIG Air Asia ini. Melalui mata terkumpul kad Petron, setiap 500 mata Petron anda boleh tukarkan ke 250 mata BIG Air Asia.

Sewa kereta

Bagi yang suka melancong sambilan menyewa kereta, anda boleh menggunakan khidmat Budget, Rentalcar.com dan Avis. Untuk perkhidmatan Avis dan Budget.com, anda boleh mendapat 250 mata BIG Air Asia jika anda menyewa kereta dengan mereka untuk sehari.

Manakala bagi tempahan yang di buat melalui Rentalcar.com pula, anda boleh tukar setiap USD1 ke 2 mata BIG Air Asia.

Untuk melihat senarai penuh syarikat yang mengambil bahagian dalam pertukaran mata BIG Air asia ini, silat lihat disini. AIRASIA

Baca : Semak harga premium untuk pelan perlindungan anda disini.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post