Bagaimana untuk buat penyewa anda tidak bayar sewa lewat

Image result for tenant pay on time


Sebagai seorang tuan rumah, antara perkara paling di takuti adalah apabila penyewa gagal membuat bayaran sewa pada masa yang ditetapkan atau tidak membuat bayaran langsung. Jika ini berlaku, tuan rumah akan mengalami kerugian kerana terpaksa menggunakan duit sendiri untuk membuat bayaran kepada pihak bank.

Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil seperti berikut.

Pilih penyewa terbaik

Ini adalah langkah paling awal dan paling penting bagi mengelakkan masalah lewat bayaran sewa berlaku kepada anda. Anda perlu pilih penyewa yang tidak akan mampu bayar pada masa yang telah ditetapkan dan tidak membuat sebarang masalah.

Antara ciri-ciri awal seorang penyewa yang baik adalah:
1. Mempunyai pekerjaan yang stabil
2. Menghormati tuan rumah
3. Menepati janji
4. Mempunyai deposit yang mencukupi

Semasa membuat pemilihan bakal penyewa, tuan rumah perlu lebih memilih supaya mereka tidak mendatangkan masalah pada masa akan datang. Penyewa yang bertanggungjawab selalunya akan lebih menghormati tuan rumah dan mengikut peraturan yang telah disediakan.

Diskaun bayar awal

Mengenakan denda jika membuat bayaran lewat mungkin tidak lagi efektif. Oleh itu, anda boleh memperkenalkan diskau jika membuat bayaran lebih awal atau sebelum tarikh akhir bayaran. Cara ini lebih berkesan kerana setiap individu atau penyewa lebih suka dengan perkataan 'diskaun' berbanding 'denda'.

Baca : Kenapa saya masih guna kad kredit hari ini

'Hadiah' hujung tahun

Selain diskaun bayar awal, anda juga boleh memberikan lebih diskaun pada hujung tahun jika penyewa anda tidak pernah membuat bayaran lewat selama setahun. Hadiah atau diskaun ini adalah untuk menghargai tanggungjawab penyewa yang dapat dijalankan dengan baik.

Hubungan yang baik

Hubungan yang baik antara penyewa dan tuan rumah memudahkan lagi bayaran sewa dilakukan pada masa yang ditetapkan. Tuan rumah seharusnya lebih mesra dengan penyewa supaya mereka rasa lebih dihargai walaupun hanya sebagai penyewa.

Namun, tuan rumah juga harus meletakkan batas yang sebaiknya supaya penyewa tidak boleh membuat keputusan mereka sendiri. Walaupun mempunyai hubungan yang baik antara penyewa dan tuan rumah, hormat antara mereka perlu wujud.

Selesaikan masalah dengan cepat

Sebagai seorang penyewa, mereka mempunyai hak terhadap fasiliti rumah tersebut selepas membuat bayaran sewa pada masa yang ditetapkan. Oleh itu, jika berlaku sebarang kerosakan dalam rumah, anda sebagai tuan rumah perlu lebih cepat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Baca : Kos sebenar untuk membesarkan seorang anak di Malaysia

Jika kerosakan gagal diselesaikan dengan cepat, penyewa anda juga mempunyai alasan yang sama bayaran sewa akan lewat.

Perjanjian yang kuat

Bagi memastikan hak penyewa dan tuan rumah terjaga, perjanjian bertulis harus dilakukan seperti perjanjian sewa rumah. Penyewa harus faham segala isi kandungan perjanjian tersebut supaya mereka tidak melakukan perkara yang telah dilarang dalam perjanjian tersebut.

Tuan rumah juga harus menjalankan tanggungjawan mereka seperti yang tertulis dalam perjanjian sewa rumah. Selain itu, kesan dan akbiat jika bayaran sewa lewat juga mesti tertulis di dalam perjanjian tersebut supaya penyewa lebih faham dan tidak melakukan perkara tersebut.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post