Ini Yang Bakal Terjadi Kepada Diri Anda Jika Suka Beri 'ALASAN'


Salah satu ciri orang yang berjaya adalah mengambil tindakan tanpa memberi sebarang alasan. Memberi alasan adalah salah satu faktor yang menyebabkan kejayaan sukar atau lambat untuk dicapai.

Media sosial pada hari ini memberi peluang kepada semua individu untuk berkongsi pendapat atau pandangan secara terbuka. Namun, perkara yang terjadi pada hari ini adalah medial sosial dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan marah dan pelbagai jenis alasan.

Berikut adalah beberapa perkara yang akan berlaku jika anda sering memberi alasan terhadap perkara yang berlaku sekeliling anda.

#1 Tarik orang 'alasan' dan tolak orang 'idea'

Apabila anda suka menggunakan perkara an yang negatif di laman sosial, anda sebenarnya telah menarik orang yang negatif untuk bersama anda. Mereka selesa bersama anda kerana mempunyai sifat yang sama.

Pada masa yang sama, anda juga telah menolak orang yang positif dan sering membincangkan idea berbanding masalah. Golongan positif ini tidak suka untuk memberi alasan kerana percaya itu hanya perkara yang membuang masa mereka.

Apabila anda dikelilingi oleh golongan positif, hidup anda menjadi lebih mudah dan lebih mudah untuk mengambil tindakan untuk mendapatkan sesuatu.

#2 Tak jumpa jalan penyelesaian

Semua orang tahu harga rumah semakin mahal. Perkara tersebut bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di negara-negara luar juga. Apabila keadaan ini berlaku, anda hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada mencari jalan untuk mendapatkan rumah atau memberi alasan dan menyalahkan orang lain.

Baca : Kenapa pelan persaraan perlu bermula ketika anda masih muda

Selain itu, apabila anda kerap menyalahkan orang lain, minda akan tertutup untuk sebarang cawangan dan pandangan orang lain untuk membantu anda. Di luar sana, terdapat ramai individu yang boleh membantu anda jika mempunyai masalah. Namun, disebabkan anda sering beri alasan, individu tersebut juga tidak mempunyai minat untuk membantu anda.

#3 Hidup tidak tenang

Menyalahkan orang lain dan memberi alasan lebih mudah berbanding mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah. Oleh sebab itu, ramai yang mengambil perkara yang lebih mudah itu. Namun, kesannya terhadap diri sendiri sangat besar.

Orang yang kerap memberi alasan adalah golongan yang tidak tenang hidupnya. Untuk mengatasi masalah ini, cuba berhenti memberi alasan dan menyalahkan orang lain untuk 24 jam dan anda akan lihat perubahan dalam hidup anda.

#4 Hilang peluang kejayaan

Semakin banyak anda beri alasan, semakin jauh anda dari kejayaan. Individu yang tidak memberi alasan lebih gemar untuk mencari peluang untuk berjaya. Tidak dinafikan kos sara hidup yang semakin meningkat membebankan ramai pihak. Namun, jika anda mencari jalan untuk mengatasi masalah ini, anda tidak akan terbeban dengan masalah kenaikan kos sara hidup.

Golongan yang kerap memberi alasan ini juga biasanya sudah selesa berada dalam 'zon selesa' mereka dan mengharapkan bantuan dari pihak lain.

Baca : 5 perkara yang anda perlu tinggalkan kepada waris sebelum anda 'pergi'

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post