5 perkara yang anda boleh lakukan jika mempunyai RM100,000 tunai


Jika anda mempunyai wang tunai sebanyak RM100,000, rancanglah penggunaan wang tersebut sebaiknya. Contohnya, ibu bapa yang baru sahaja mengeluarkan wang simpanan KWSP yang anggaran boleh mencecah hingga RM100,000.

Terdapat individu yang masih lagi tidak mempunyai idea bagaimana untuk menggunakan wang tersebut dengan baik. Ada juga kes individu yang menggunakan wang tersebut untuk menyertai skim cepat kaya yang merugikan mereka.

Perkara pertama yang anda perlu buat adalah matlamat kewangan. Matlamat yang jelas memudahkan anda untuk memilih instrumen kewangan dan pelaburan yang sesuai dengan diri anda.

Pembiayaan Amanah Saham Berhad (ASB)

Jika anda masih muda dan sudah bekerja, anda boleh mohon pembiayaan ASB dengan jumlah yang maksimum iaitu RM200,000 serta anggaran bayaran bulanan sebanyak RM1,100.

Modal awal yang diperlukan adalah berjumlah RM13,200 (RM1,100 x 12 bulan) untuk ansuran kepada pihak bank pada tahun pertama sahaja. Pada tahun berikutnya, anda boleh gunakan dividen yang diterima untuk bayar ansuran bulanan.

Namun, jika anda mahu pulangan yang lebih tinggi, anda boleh keluarkan modal untuk 5 tahun pertama iaitu sebanyak RM66,000 (RM13,200 x 5 tahun). Keuntungan yang anda boleh terima adalah sangat tinggi dan melebihi dari 30% setahun.

Unit Trust

Jika anda mahu pelaburan untuk jangka masa panjang (melebihi 6 tahun), anda juga boleh menyertai akaun unit trust dengan kadar keuntungan 10% hingga 12% setahun. Letakkan sejumlah wang RM100,000 tersebut di dalam akaun unit trust, dan biarkan selama 6 tahun.

Wang simpanan anda akan menjadi dua kali ganda iaitu RM200,000 dengan menggunakan pengiraan Rule 72. Dengan kadar 12% setahun, wang simpanan anda akan menjadi dua kali ganda dalam masa 6 tahun.

Pampasan takaful

Anda juga boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli pampasan takaful yang tinggi sehingga RM500,000 dimana anda juga boleh mendapat tambahan dalam nilai simpanan anda.

Antara produk pampasan takaful yang anda boleh sertai adalah seperti produk AIA Public Takaful, iaitu A-Life Signature dimana anda hanya perlu bayar selama 5 tahun, dan mendapat perlindungan sehingga umur 70 tahun.

Contohnya, jika anda seorang lelaku berumur 30 tahun dan tidak merokok, anda boleh mendapat pakej perlindungan seperti berikut:

Premium : RM80,200 (RM16,040 x 5 tahun)
Pampasan kematian kemalangan & haji/umrah : RM1,000,000
Pampasan kematian pengangkutan awam : RM1,500,000
Nilai akaun ketika umur 50 tahun: RM198,700

Jika berlaku kematian, waris anda akan mendapat pampasan yang tinggi iaitu sehingga RM1juta manakala ketika umur anda 50 tahun, anda boleh mengeluarkan simpanan anda sebanyak RM198,700.

Baca : Dapatkan pampasan dengan bajet yang rendah

Beli saham

Selain itu, anda juga boleh beli saham dengan menggunakan wang RM100,000 tersebut. Pelajari dahulu ilmu pengetahun tentang pelaburan saham sebelum anda buka akaun. Dengan wang sejumlah RM100,000 anda boleh beli jenis saham yag baik seperti saham jenis Blue Chip untuk mendapatkan dividen yang tinggi.

Dengan pemilihan saham yang betul, nilai tersebut akan meningkat untuk jangka masa panjang.  Jika anda mahu terlibat dalam pelaburan saham untuk jangka masa pendek, anda boleh laburkan duit anda untuk ilmu dan pengalaman terlebih dahulu kerana risikonya yang lebih tinggi.

Beli rumah

Akhir sekali, anda boleh melabur dalam hartanah. Jika anda masih muda, anda boleh menggunakan wang tersebut sebagai deposit awal untuk beli rumah. Tetapi, jika anda sudah berusia, anda boleh gunakan nama anak anda untuk beli rumah sebagai pelaburan.

Elakkan untuk membeli rumah dengan menggunakan tunai melainkan anda tahu bagaimana untuk mendapatkan keuntungan melalui pemilihan unit rumah yang betul.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post