Kesan kenaikan kadar GST terhadap taraf hidup dan apa yang perlu anda buat

Image result for high living cost

Apa yang akan berlaku terhadap diri anda jika kadar GST meningkat? Harga barang akan naik. Ini adalah contoh kesan yang orang ramai tahu. Tetapi, bagaimana pula dengan kesan lain yang boleh mempengaruhi hidup kita?

Beberapa hari lepas, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Bin Razak memberitahu bahawa jika GST di mansuhkan, ekonomi negara akan lumpuh. Ini menunjukkan yang pendapatan dari GST itu adalah sumber utama pendapatan negara.

Berikut adalah beberapa kesan yang perlu anda tahu jika berlaku kenaikan GST.

Kos sara hidup meningkat

Jika dengan perlaksanaan GST sahaja sudah memberi kesan kenaikan kos sara hidup, kenaikan kadar GST juga bakal memberi kesan yang sama kepada taraf hidup kita. GST adalah satu sistem cukai yang berdasarkan kepada transaksi dan bukan keuntungan seperti cukai pendapatan. 

Oleh itu, setiap transaksi yang berlaku seperti jual beli barang dan servis akan melibatkan cukai GST ini. Dalam seharian hidup kita, transaksi jual beli memang tidak boleh di hentikan terutama melibatkan perkara asas seperti makanan, tempat tinggal, kenderaan dan lain-lain lagi.

Jika sebelum ini golongan bergaji rendah adalah golongan yang paling terkesan dengan perlaksanaan GST, kini golongan sederhana dan tinggi juga mungkin akan terkesan jika berlakunya kenaikan kadar GST.  

Peluang pekerjaan berkurang

Kenaikan kadar GST juga bermakna kos menjalankan perniagaan akan meningkat. Bagi industri yang terlibat dengan barang dan servis yang dikenakan cukai GST ini mungkin akan menyebabkan keuntungan syarikat berkurang.

Jika ini berlaku, syarikat perlu mengurangkan kos bagi meningkatkan keuntungan seperti mengurangkan jumlah pekerja. Selain itu, perniagaan juga akan terkesan dari gaya perbelanjaan orang ramai yang mungkin akan mengurangkan perbelanjaan mereka akibat dari kenaikan kos sara hidup.


Semakin kurang kuasa membeli orang ramai, semakin kurang keuntungan syarikat dan semakin kurang peluang pekerjaan.

Kos perkhidmatan bank meningkat

Selain harga barang yang akan meningkat, kos perkhidmatan seperti bank, pos laju dan lain-lain lagi juga akan meningkat sama. Sebagai contoh, jika anda mahu memohon pinjaman perumahan atau kad kredit dengan pihak bank, terdapat kos perkhidmatan yang akan dikenakan GST.

Kos yang melibatkan fasiliti perbankan seperti memindahkan wang ke akaun bank lain dan mengeluarkan wang dari mesin ATM juga akan terkesan.

Image result for high living cost

Apakah persediaan  yang perlu anda lakukan sekarang?

Keperluan dan kehendak

Anda sudah boleh membuat senarai perbezaan antara keperluan dan kehendak dalam hidup anda. Jika ekonomi sedang tenat, fokus kepada keperluaan sahaja dan lupakan kehendak untuk sementara. 

Simpanan

Jika sebelum ini anda tidak pernah buat sebarang simpanan, ini adalah masa terbaik untuk bermula. Simpanan ini akan membantu anda jika kenaikan kos sara hidup meningkat pada masa akan datang terutama ketika waktu kecemasan.


Pelaburan

Selepas simpanan, anda boleh mula dengan pelaburan. Pilih pelaburan yang selamat sama ada untuk jangka masa sederhana atau panjang. Jangan sesekali terlibat dengan skim cepat kaya atau skim yang tidak dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketika ekonomi sedang tenat, akan muncul pelbagai jenis skim cepat kaya untuk menipu orang ramai kerana mereka boleh menjanjikan kekayaan dalam masa yang singkat.

Kawal ekonomi keluarga

Jika anda sebagai seorang ketua keluarga, kawal ekonomi keluarga anda. Beri didikan dan ilmu kewangan kepada ahli keluarga supaya mereka tidak melakukan kesilapan dan pengurusan kewangan. Anda juga boleh minta ahli keluarga untuk baca artikel berkenaan kewangan di laman web ini www.duitkertas.com . 

Rancang kewangan keluarga seperti menanti kehadiran ahli baru, yuran pendidikan anak-anak dan perbelanjaan asas harian.

Perlindungan

Salah satu kesan kenaikan kadar GST adalah terhadap kos perubatan yang juga akan meningkat. Oleh itu, anda disaran untuk ambil kad perubatan sebagai perlindungan keluarga anda. Manfaat pampasan juga sangat penting terhadap waris anda jika anda meninggalkan mereka dahulu.


Pada masa yang sama, hanya ambil takaful atau kad perubatan yang anda mampu sahaja. Sebaik-baiknya tidak melebihi 10% dari pendapatan yang diterima.

Elak pinjaman dari pihak bank

Ketika ekonomi sedang tenat, jangan sesekali mengambil fasiliti pinjaman peribadi atau menggunakan kad kredit berlebihan untuk perbelanjaan harian anda. Pinjaman peribadi tersebut hanya memudahkan anda untuk jangka masa pendek tetapi akan membebankan anda untuk jangka masa panjang.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post