Cara terbaik untuk gunakan pelepasan cukai 'gaya hidup' dalam Bajet 2017

Image result for smart expenses

Pengumuman dari Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2017 tempoh hari berkenaan pelepasan cukai 'gaya hidup' menarik perhatian golongan muda. Setiap dari mereka mempunyai pandangan yang berbeza.

Jumlah pelepasan yang diberikan adalah sebanyak RM2,500 setiap tahun untuk perbelanjaan bahan bacaan, komputer, internet, keahlian gimnasium dan smartphone. Bagi mereka yang layak untuk hantar borang cukai individu setiap tahun, ini adalah peluang untuk kurangkan cukai anda.

Kami ingin kongsikan cara terbaik untuk gunakan pelepasan cukai 'gaya hidup;

Smartphone/tablet - RM700

Anggaran harga bagi sebuah smartphone yang baik adalah sekitar RM500 hingga RM1,000. Ini bermakna, pembelian smartphone anda boleh mengurangkan cukai pendapatan anda.

Jika tujuan smartphone tersebut adalah untuk menjalankan perniagaan melalui internet, anda perlu dapatkan smartphone yang lebih mahal dan berkualiti. Namun, jika penggunaannya hanya sekadar untuk menelefon dan menghantar pesanan ringkas, anda perlu kurangkan bajet smartphone tersebut.

Baca : Gaji tinggi tetapi hutang juga tinggi. Ini sebabnya

Bahan bacaan - RM200

Pelepasan cukai bagi bahan bacaan semasa adalah RM1,000 setahun dan tidak termasuk surat khabar. Namun, apabila perbelanjaan bahan bacaan ini termasuk dalam pelepasan gaya hidup, ini bermakna pelepasan bahan bacaan semakin berkurang.

Namun, anda seharusnya menguruskan perbelanjaan bahan bacaan sebaiknya dan lebih seimbang dengan perbelanjaan gaya hidup yang lain. Bagi individu biasa, perbelanjaan bahan bacaan tahunan mereka biasanya tidak melebihi angka RM1,000 berbanding dengan golongan 'ulat buku' yang gemar membaca.

Komputer - RM1,500

Untuk setakat 2016, pelepasan cukai untuk komputer adalah RM3,000 setiap tiga tahun. Ini bermakna, jika anda mahu beli komputer, anda terpaksa membeli komputer yang lebih murah berbanding sebelum ini kerana jumlah pelepasan hanya RM2,500 setahun.

Dengan komputer yang berharga RM1,500, anda mungkin akan merasa tertekan apabila menggunakan komputer tersebut kerana spesifikasinya yang kurang memuaskan. Jika anda mahu beli komputer yang lebih mahal, anda perlu korbankan perbelanjaan yang lain.

Internet - RM1,896

Kadar yuran untuk melanggan internet di Malaysia dengan kelajuan 5 mbps adalah berjumlah RM158 sebulan. Ini bermakna, kos untuk melanggan internet di rumah adalah RM1,896 setahun. Pada tahun 2010 hingga 2012 yang lepas, kerajaan pernah memberi pelepasan cukai sebanyak RM500 bagi penggunaan jalur lebar.

Namun, jumlah pelepasan yang diberikan adalah tidak sesuai dengan keadaan ekonomi semasa kerana yuran bulanan untuk melanggan internet adalah semakin meningkat.

Baca : 3 jenis pasaran hartanah dan gaya pelaburannya

Gimnasium - RM1,800

Bagi peminat setia gimnasium, anda berpeluang untuk mendapatkan pelepasan jika mendaftar sebagai ahli gimnasium tersebut. Purata kadar yuran bulanan untuk menjadi ahli gimnasium adalah antara RM150 hingga RM200 sebulan. Ini bermakna kadar tahunan adalah RM1,800 untuk gimnasium yang selesa.

Namun, terdapat juga gimnasium yang lebih murah iaitu sekitar RM100 sebulan dengan peralatan yang kurang baik dan tidak memuaskan.

Berdasarkan anggaran awal untuk pelepasan cukai 'gaya hidup' di atas, jumlah kos perbelanjaan adalah berjumlah RM6,096.00 setahun. Ini menunjukkan bahawa pelepasan 'gaya hidup' yang diberikan oleh kerajaan iaitu RM2,500 adalah kurang daripada kos yang perlu anda tanggung.

Oleh itu, untuk bajet 2017, anda perlu membuat perancangan yang lebih teliti dengan memberi tumpuan kepada perbelanjaan yang penting sahaja.

Baca : Anda juga boleh gunakan perbelanjaan takaful untuk mengurangkan cukai anda.

4 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post