Bagaimana untuk pilih rumah 'undercon' supaya anda tidak rugi

Image result for abandoned projects house kl

Beli rumah melalui projek baru atau  under constrution memang menarik kerana rumah yang bakal anda dapat adalah baru dan lebih cantik. Pemaju juga sering beri pelbagai diskaun dan rebat. Lebih menarik lagi, harga rumah apabila sudah siap sepenuhnya akan datang adalah lebih mahal dan menguntungkan pembeli.

Namun, tidak semua rumah projek baru memberikan keuntungan. Lihat sahaja kes dimana pemaju gagal menyiapkan rumah dalam masa yang ditetapkan atau projek tersebut terbengkalai sehingga berpuluh tahun. Ada juga rumah yang sudah siap tetapi tidak mendapat sambutan dari orang ramai kerana lokasi yang tidak menarik.

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu lihat dan kaji terlebih dahulu sebelum ingin membeli rumah under construction ini.

Latar belakang Pemaju

Jika rumah tersebut adalah projek baru dari pemaju yang terkenal seperti SP Setia, Mah Sing dan beberapa syarikat besar, anda tidak perlu mengkaji terlalu dalam kerana reputasi mereka yang gah. Syarkat dan pemaju yang mempunyai projek terdahulu yang sudah siap juga boleh dijadikan sebagai ukuran projek baru mereka.

Status kewangan syarikat dan pemaju sangat penting terutama ketika ekonom yang tidak menentu. Syarikat yang kukuh mempunyai sumber kewangan yang baik walaupun ekonomi sedang jatuh serta mampu meneruskan projek baru mereka.

Bagi pemaju yang masih baru dan kecil, mereka mempunyai sumber kewangan yang terhad dan ekonomi yang buruk akan memberi kesan terhadap projek baru mereka. Perkara seperti ini akan membuatkan pemaju gagal menyiapkan projek tersebut kerana tidak mampu membeli bahan mentah untuk meneruskan projek baru.

Rumah berhampiran

Bagaimana untuk semak sama ada rumah tersebut terlalu mahal atau murah di sesuatu kawasan?Lihat harga rumah berhampiran. Jika harga untuk rumah projek baru tersebut terlalu tinggi berbanding rumah sedia ada berhampiran, anda mungkin membeli rumah pada harga yang terlalu mahal atau overprice.

Anda juga perlu buat perbandingang jenis rumah yang berhampiran. Jika projek baru tersebut adalah jenis apartment dan berharga RM300,000, semak juga harga rumah tanah atau landed di kawasan berhampiran. Terdapat beberapa projek baru jenis apartment yang dijual sama harga dengan rumah landed berhampiran kawasan tersebut.

Baca : Ambil pinjaman peribadi untuk perbelanjaan harian. Ini puncanya

Kes seperti ini menunjukkan projek rumah baru tersebut tidak menguntungkan kerana harganya terlalu tinggi di kawasan tersebut. Untuk harga yang sama, orang ramai lebih memilih landed berbanding apartment.

Kadar sewa semasa

Bagi tujuan pelaburan, anda juga perlu lihat kadar sewa semasa di kawasan berhampiran. Contohnya, rumah yang berharga RM300,000 memerlukan anda membayar ansuran kepada pihak bank sebanyak RM1,500 sebulan. Ini bermakna anda perlu menyewakan semula sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

Semak kadar sewa semasa di kawasan berhampiran untuk jenis rumah yang sama. Jika jenis rumah yang sama berhampiran mempunyai kadar sewa hanya RM700 sebulan, anda tidak mungkin dapat sewakan rumah anda pada harga RM1,500 kerana bakal penyewa akan memilih rumah yang lebih murah.

Namun, jika rumah anda adalah sangat istimewa seperti bersebelahan dengan universiti, berhampiran stesen LRT/tren atau mempunyai fasiliti yang baik, sewa yang tinggi tidak akan menjadi masalah kepada bakal penyewa anda.

Bakal penyewa

Sebelum beli rumah yang masih dalam pembinaan, buat kajian berkenaan golongan bakal penyewa anda. Jika rumah tersebut berhampiran dengan universiti, golongan sasaran adalah pelajar dan pensyarah di universiti tersebut. Anda sudah boleh meletakkan anggaran sewa bagi pelajar dan juga pensyarah.

Jika projek baru tersebut berhampiran dengan kawasan perindustrian, mereka yang kerja di kilang menjadi bakal penyewa anda. Anggaran sewa yang anda boleh letak adalah bergantung kepada jenis penyewa anda.

Baca : Bagaimana beli rumah pertama menjadi kesilapan paling besar

Jika penyewa anda adalah golongan eksekutif dengan gaji RM4,000 ke atas, anda boleh sewakan semula dengan kadar yang lebih tinggi berbanding jika bakal penyewa anda bergaji kurang dari RM3,000 sebulan.

Terlalu banyak iklan

Rumah yang baik atau hot biasanya akan habis sebelum di iklankan. Mereka sudah mempunyai pembeli sedia ada sebelum projek rumah tersebut sempat dilancarkan.

Jika sesuatu projek itu memerlukan iklan yang banyak seperti di internet, surat khabar atau terpaksa menggunakan orang yang berpengaruh untuk menjual rumah tersebut, kemungkinan besar projek tersebut tidak mendapat sambutan yang hangat. Pemaju terpaksa menggunakan teknik pemasaran yang kuat untuk menjual projek rumah tersebut.

Untuk mendapatkan projek rumah baru yang baik dan hot, anda perlu pergi sendiri ke pejabat pemaju atau mempunyai ramai kenalan dalam industri ini.

Baca : 5 halangan terbesar untuk anda dapatkan rumah pertama

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post