Bagaimana untuk berjimat dengan kos perubatan yang semakin tinggi

Image result for expensive medical bills

Kos perubatan yang tinggi kini menjadi satu isu penting dan pada masa yang sama juga menjadi satu beban kepada rakyat Malaysia. Golongan yang paling terkesan adalah golongan sederhana dan rendah dimana gaji yang diterima tidak boleh menampung kos perubatan besar tinggi mencecah RM50,000!

Selain menjaga kesihatan dengan baik bagi mengelakkan masalah kesihatan, anda juga perlu membuat simpanan kecemasan bagi menampung kos perubatan ini. Kemalangan adalah sesuatu yang tidak dijangka dan oleh sebab itu anda perlu mempunyai back up plan kewangan anda.

Anda boleh cuba lakukan perkara dibawah untuk mendapatkan penjimatan ketika menghadapi kos perubatan yang semakin tinggi.

Bantuan kerajaan

Gunakan sebaiknya segala kemudahan yang diberikan oleh kerajaan seperti hospital kerajaan dan Klinik 1 Malaysia. Kos yang perlu anda tanggung lebih murah dan menjimatkan. Cuma, anda mungkin terpaksa menunggu giliran anda lebih lama kerana kehadiran pelawat yang ramai.

Kos perubatan di hospital kerajaan adalah lebih murah berbanding hospital swasta. Sebagai contoh, kos rawatan bagi pesakit luar untuk hospital kerajaan cuma RM1.00 sahaja. Manakala kos rawatan tersebut di hospital swasta adalah RM30.00 dan ke atas.

Baca : 5 sebab ramai yang mahu jadi perunding kewangan sepenuh masa

Kad perubatan Syarikat

Salah satu manfaat yang sering diberikan oleh majikan kepada pekerja adalah kad perubatan. Oleh itu, anda boleh memilih syarikat yang ingin anda bekerja jika bakal majikan anda itu menyediakan kad perubatan yang baik.

Namun, kebanyakan kad perubatan yang disediakan oleh majikan mempunyai limit tahunan yang rendah bergantung kepada jawatan anda di syarikat tersebut. Namun, kad perubatan tersebut sudah cukup untuk mengurangkan beban anda terhadap kos perubatan.

Jika limit yang disediakan oleh majikan anda terlalu rendah, anda boleh merancang untuk mengambil kad perubatan tambahan untuk individu bagi menampung kos perubatan yang semakin tinggi.

Kad perubatan seawal usia

Jika anda mahu ambil takaful yang mempunyai manfaat kad perubatan dan pampasan, ambil ketika usia masa muda.

Kurang penyakit - ketika muda, anda mungkin tidak mempunyai banyak penyakit berbanding jika sudah tua. Oleh sebab itu, premium untuk golongan muda lebih murah berbanding orang tua. Kebanyakan caruman untuk pelan takaful yang mempunyai manfaat pampasan dan kad perubatan adalah sama setiap tahun dan tidak berlaku peningkatan.

Namun, semua syarikat takaful mempunyai hak untuk menaikkan caruman takaful anda jika kos perubatan di Malaysia meningkat.

Baca : 5 punca yang menyebabkan sijil takaful anda menjadi mahal

Manfaat kad kredit

Gunakan fasiliti kad kredit anda sebaiknya. Terdapat beberapa jenis kad kredit yang ditawarkan mempunyai manfaat perlindungan takaful dan juga perlindungan ketika melancong ke luar negara. Anda boleh semak dahulu ciri-ciri kad kredit tersebut sebelum membuat keputusan untuk menggunakannya.

Selain itu, anda boleh juga boleh mendapatkan diskaun jika menggunakan kad kredit untuk bayaran kos perubatan di hospital swasta. Bayaran premium takaful yang menggunakan kad kredit juga lebih menguntungkan kerana boleh dapat mata ganjaran kad kredit.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post