Bagaimana beli rumah pertama menjadi satu kesilapan paling besar

Image result for buying house mistake

Beli rumah ketika muda memang menguntungkan kerana nilai rumah tersebut yang semakin meningkat. Selain itu, pendapatan melalui sewa juga meningkatkan pendapatan setiap bulan terutama jika kawasan tersebut merupakan kawasan yang mendapat permintaan sewa yang tinggi.

Namun, tidak semua rumah yang dibeli akan memberikan pulangan yang baik dan menguntungkan. Terdapat beberapa keadaan dimana pembelian rumah tersebut menjadi satu kesilapan kerana tidak menguntungkan.

Beli rumah terlalu mahal

Kesilapan awal yang sering dilakukan adalah membeli rumah yang terlalu mahal. Walaupun anda sebenarnya mampu untuk membayar ansuran setiap bulan, pastikan ansuran tersebut tidak melebihi 50% dari gaji anda.

Jika gaji anda adalah RM3,000, rumah pertama seeloknya adalah dengan ansuran bawah RM1,500 sebulan terutama jika mahu disewakan semula. Apabila ansuran rumah terlalu mahal, komitmen bulanan anda juga menjadi semakin tinggi dan anda akan terbeban dengan ansuran tersebut.

Bagaimana jika kadar asas atau Base Rate meningkat?Ini bermakna ansuran bulanan anda juga akan meningkat.

Ansuran melebihi bajet

Sebelum anda merancang untuk mendapatkan rumah pertama, buat satu bajet untuk ansuran bayaran kepada pihak bank supaya anda tidak terbeban. Anda perlu bersedia dengan kos yang perlu anda bayar selain dari ansuran seperti maintenance, Indah Water, baik pulih rumah, cukai pintu dan lain-lain lagi.

Anda juga perlu mengambil kira kos yang mungkin akan meningkat seperti kenaikan harga barang dan penambahan ahli keluarga yang baru. Hari ini anda mungkin tidak rasa terbeban tetapi mungkin masa akan datang ansuran tersebut menyebabkan anda tidak dapat mengawal pengurusan kewangan anda dengan baik.

Kesan buruk yang bakal anda lihat adalah apabila anda gagal membuat bayaran ansuran kepada pihak bank, rumah anda bakal di lelong.

Pembelian secara tergesa-gesa

Jangan beli rumah dengan terburu-buru tanpa membuat sebarang analisis. Jika tidak, rumah yang dibeli mungkin tidak mendatangkan keuntungan malah menyebabkan kerugian kepada tuan rumah. Walaupun rumah yang dibeli hanya untuk duduk sendiri, anda masih perlu melakukan analisis asas seperti latar belakang pemaju, fasiliti, kemudahan awam dan banyak lagi.

Baca : Persediaan untuk dapatkan rumah pertama selepas 3 bulan bekerja.

Terdapat keadaan dimana tuan rumah terpaksa menjual semula rumah tersebut dengan harga yang sangat rendah kerana beberapa faktor seperti:

1- Tidak tahan untuk tinggal dirumah tersebut kerana kejiranan dan bunyi yang bising.
2- Sewa yang terlalu rendah.
3- Susur keluar yang tidak teratur menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Dapat pandangan yang salah


Bagi pembeli rumah pertama, banyak perkara yang bermain di minda kerana takut melakukan kesilapan. Sebagai alternatif, ramai yang mendapatkan pandangan dari pakar atau mereka yang berpengalaman dalam urusan hartanah ini.

Namun, walaupun mereka adalah bergelar pakar, anda seharusnya tidak meletakkan sepenuhnya keputusan membeli rumah di tangan orang lain. Anda perlu bertanggungjawab di atas keputusan yang anda ingin buat supaya anda berpuas hati dengan pemilihan rumah anda.

Jika pandangan dari orang lain itu menyebabkan anda menanggung kerugian, anda mungkin rasa menyesal kerana tidak melakukan analisis awal.

Tidak menggunakan ejen hartanah

Ejen hartanah lebih tahu kelebihan dan kekurangan rumah yang anda ingin beli kerana mereka lebih mahir di kawasan tersebut. Anda boleh dapatkan pelbagai maklumat tambahan yang akan membantu anda membuat keputusan.

Terdapat kes sebelum ini dimana pembeli 'terbeli' rumah dengan harga yang melebihi nilai sebenar rumah tersebut. Apabila ini berlaku, pembeli terpaksa menambah duit sendiri kerana pinjaman yang diberikan oleh pihak bank tidak mencukupi.

Baca : Lindungi keluarga anda dengan kad perubatan yang paling murah di Malaysia

Walaubagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati ketika berurusan dengan ejen hartanah supaya tidak ditipu oleh mereka. Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda berurusan dengan ejen hartanah yang sah dan mempunyai agensi yang berdaftar.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post