Ayat 'marketing' ini punca ramai yang tersalah ambil produk kewangan

Image result for misleading marketing

Di laman media sosial sekarang sudah ramai yang mula mengiklankan produk kewangan dengan pelbagai cara serta teknik yang tersendiri. Lebih menarik lagi, ada yang pergi ke seminar dan kelas untuk belajar teknik pemasaran yang betul dalam menjual sesuatu produk.

Produk kewangan seperti takaful, pinjaman peribadi, kad kredit, pelaburan amanah saham dan pembelian rumah pelaburan juga tidak terlepas dari pemasaran yang aktif itu. Namun, anda perlu tahu bahawa produk kewangan ini adalah satu produk yang unik dan tidak sama seperti produk-produk lain yang berada di pasaran.

Oleh sebab itu, teknik pemasaran yang dibuat mestilah tidak menyalahi undang-undang dan beretika.

Antara ayat pemasaran yang menyebabkan ramai pelanggan membeli produk kewangan tanpa berfikir panjang adalah seperti berikut:

Jaminan

Bagi menjual sesuatu produk, ada penjual produk kewangan yang berani untuk memberi jaminan keuntungan yang tinggi untuk produk pelaburan. Dengan kadar keuntungan yang tinggi serta perbandingan yang sangat ketara, membuatkan pelanggan tidak berfikir panjang dan terus mengambil produk tersebut.

Dalam pelaburan amanah saham contohnya, keuntungan yang diterima adalah berdasarkan prestasi semasa dana tersebut. Tiada jaminan keuntungan yang diberikan terutama dana berstatus patuh Shariah.

Anda juga boleh baca '5 sebab golongan pertengahan sukar membuat simpanan'

Terhad

'Ini unit terakhir yang kami ada. Jika tidak ambil sekarang, kami akan buka jualan kepada pelanggan lain.' Ini adalah contoh ayat yang sering digunakan ketika ingin membeli rumah. Ayat tersebut menggunakan elemen 'terhad' untuk membuatkan anda terpaksa membuat keputusan dengan cepat.

Bagi produk bukan fizikal seperti takaful dan amanah saham pula, real case seperti pelanggan takaful yang berjaya mendapat pampasan atau pelanggan amanah saham yang mendapat keuntungan yang banyak menjadi modal pemasaran mereka. Teknik real case ini sangat berkesan kerana mudah difahami oleh pelanggan.

Sebelum ambil pelan perlindungan takaful, semak dahulu keperluan dan bajet yang anda mahukan. Jika gagal membuat semakan awal, anda tidak tahu produk takaful mana yang terbaik untuk anda.

Selain itu, anda mungkin pernah mendapat panggilan dari operator yang ingin menawarkan kad kredit dengan menggunakan ayat 'anda pelanggan bertuah dan terpilih'. Hanya dengan menggunakan ayat tersebut, anda akan rasa sangat dihargai dan kemungkinan untuk mengambil produk tersebut sangat tinggi.

Kaum

Jika ada satu pelaburan yang sering menggunakan elemen perkauman untuk menjual produk kewangan, anda perlu fikir sebaiknya. Dalam pelaburan, faktor yang paling penting adalah berkaitan dengan fakta dan statistik yang tertulis atas kertas sahaja. Tiada elemen perkauman yang terlibat.

Jika anda buat satu keputusan dalam pelaburan kerana faktor perkauman, pelaburan anda mungkin tidak akan memberi keuntungan yang optima. Ingat, pelaburan hanya melibatkan nombor sahaja, bukan kaum.

Manfaat berlebihan

Dalam teknik pemasaran, pelanggan biasanya hanya akan mendengar perkara yang indah sahaja. Namun, untuk produk kewangan, anda perlu tahu semua perkara iaitu kekuatan dan kelemahan sesuatu produk.

Jika anda terlalu fokus kepada manfaat yang diberitahu, anda mungkin akan menyesal jika tidak tahu tentang kelemahan produk tersebut. Sebagai contoh, iklan pinjaman peribadi sering dilihat menggunakan elemen kebahagian seperti pergi melancong, renovate rumah dan perbelanjaan perkahwinan. Namun, perkara yang tidak diceritakan adalah faedah yang tinggi terpaksa ditanggung untuk tempoh 9 tahun.

Jika anda gagal melihat apa yang akan terjadi pada masa hadapan, anda mungkin akan ambil pinjaman peribadi tersebut.

Dapatkan quotation takaful percuma seluruh Malaysia di sini [QUOTATION]

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post