Tip berguna dari Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan insuran anda


Image result for advice

Salah satu fungsi takaful adalah melindungi anda ketika ditimpa kemalangan atau kematian. Kos perubatan yang semakin tinggi menjadikan takaful satu pilihan yang bijak untuk dijadikan perlindungan pendapatan anda.

Sebelum anda mengambil sesuatu polisi takaful atau insuran, pastikan anda ambil langkah yang betul bagi memastikan anda tidak mengambil polisi yang anda sendiri tidak faham dan akan menyusahkan anda di kemudian hari.

Berikut adalah tip yang berguna dari Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan isu insuran ini.

Baca kontrak polisi dengan teliti
Selepas anda menerima polisi dari syarikat insuran atau takaful, pastikan anda baca dan fahami terma serta syarat polisi yang anda terima. Anda sebenarnya mempunyai 15 hari daripada tarikh penerimaan polisi tersebut untuk meneliti semua isi kandungan polisi.

Pastikan manfaat yang terkandung dalam polisi tersebut adalah sama seperti apa yang anda setuju ketika mendaftar pelan takaful tersebut. Ini adalah peluang anda untuk memastikan maklumat yang diterima adalah betul dan polisi juga menepati keperluan anda.

Jika terdapat pertanyaan berkenaan polisi tersebut, hubungi ejen anda untuk dapatkan penjelasan dan maklumat lebih lanjut.

Kepentingan pendedahan
Adakah anda pernah pernah dengar cerita atau kisah di mana pemilik takaful yang kecewa kerana gagal untuk membuat tuntutan perubatan? Salah satu faktor utama kegagalan membuat tuntutan perubatan tersebut adalah kerana tidak mendedahkan fakta dan maklumat kesihatan yang betul ketika mendaftar pelan takaful.

Anda hendaklah mendedahkan semua maklumat dan fakta kesihatan anda ketika mengisi borang permohonan. Pastikan ejen anda juga tahu tentang maklumat kesihatan anda dan mengisinya di dalam borang permohonan.
Jika anda sudah mempunyai penyakit, syarikat takaful selalunya tidak akan tanggung kos perubatan penyakit tersebut.
Pihak syarikat takaful atau insuran juga berhak untuk menolak permohonan anda.

Cara paling mudah untuk anda mendapatkan polisi insuran atau takaful adalah dengan melalui ejen takaful yang berdaftar. Selain itu, anda jug boleh terus pergi ke syarikat insuran atau bank/institusi kewangan yang menawarkan pelan insuran.

Jika anda berurusan dengan ejen takaful, pastikan anda lihat dahulu kad kuasa ejen tersebut. Jika masih ragu-ragu, anda boleh terus hubungi syarikat takaful tersebut untuk mendapatkan pengesahan. Semua ejen yang sah mestilah berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atau Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
Pembayaran premium 

Kebanyakan pemilik polisi lebih gemar untuk buat bayaran premium takaful atau insuran melalui online transaction  kerana lebih mudah dan cepat. Untuk lebih selamat, anda juga boleh buat auto deduct dari kad kredit anda supaya anda tidak tertinggal bayaran setiap bulan.

Anda juga boleh buat bayaran premium tersebut terus kepada syarikat takaful atau melalui bantuan ejen takaful anda. Pastikan setiap bayaran yang anda buat mestilah atas nama syarikat takaful tersebut dan juga dapatkan resit bayaran tersebut.

Anda tidak digalakkan untuk menyerahkan tunai terus kepada ejen takaful atau insuran anda. Kenapa? Ini bagi mengelakkan kes tidak amanah ejen anda yang mungkin tidak membuat bayaran tersebut kepada syarikat takaful atau insuran.

Sumber : BNM

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post