Ketika ekonomi sedang merudum, ambil langkah ini sebagai persediaan


Baru-baru ini tersebar berita berkenaan bank terkenal di Malaysia yang menghentikan operasi di beberapa cawangan mereka. Antara faktor utama bank tersebut menutup operasi cawangan mereka adalah untuk mengurangkan kos perbelanjaan dan juga menumpukan perkhidmatan perbankan digital.

Ramai yang mula risau tentang keadaan tersebut dan mula buat spekulasi masing-masing. Namun, keadaan tersebut adalah perkara normal bagi menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami ingin kongsikan persediaan yang boleh anda buat untuk menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Simpanan

Jika sebelum ini anda menyimpan dengan kadar 10% dari jumlah pendapatan yang diterima, anda boleh mula menambah simpanan anda dari 20% hingga 30% bagi menghadapi segala kemungkinan yang boleh berlaku.

Selain itu, pastikan juga simpanan terkumpul anda bersamaan dengan enam (6) bulan gaji anda. Kenapa perlu simpanan sehingga 6 bulan? Ketika ekonomi sedang merudum, kadar pengangguran juga akan meningkat disebabkan syarikat lebih fokus untuk mengurangkan kos perbelanjaan mereka.

Jika anda salah seorang yang diberhentikan kerja, simpanan 6 bulan gaji tersebut adalah cukup untuk menampung hidup anda sebelum mula mencari pekerjaan yang baru.


Pelaburan jangka masa panjang

Persediaan lain yang anda boleh lakukan adalah dengan meningkatkan pelaburan jangka masa panjang anda seperti hartanah atau amanah saham.

Bagaimana pelaburan ini membantu anda ketika ekonomi gawat? Ketika keadaan ekonomi tidak berapa stabil, anda mungkin bernasib baik untuk beli rumah pada harga yang lebih murah atau beli amanah saham pada harga unit yang lebih rendah.

Jika ekonomi kembali pulih, pulangan dari pelaburan tersebut akan menyebabkan anda tersenyum.


Tangguh perbelanjaan besar

Tahukah anda ketika ekonomi negara Greece jatuh merudum dengan teruk, sikap boros penduduknya merupakan punca yang menyebabkan ramai rasa terbeban saat itu. Oleh itu, bagi mengelak perkara tersebut berlaku pada diri anda, elakkan berbelanja secara boros dan tidak terurus.

Tangguh dahulu segala perbelanjaan besar yang anda ingin rancang seperti ubah suai rumah, pergi melancong atau apa sahaja yang melibatkan kos yang tinggi. Lebih penting lagi, elakkan membuat pinjaman yang tidak penting melalui pinjaman peribadi atau kad kredit.

Jangan dilupakan juga kad perubatan yang boleh mengurangkan beban anda jika terjadi sebarang masalah kesihatan.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post