Kawan susah untuk bayar semula hutang. Ini cara mengatasinya.

Image result for friend loan

Apabila anda meminjamkan wang anda kepada rakan, kebanyakannya akan berakhir dengan perkara yang tidak baik. Duit dan kawan adalah perkara yang sensitif- sukar untuk dibincangkan bersama.

Bukan sahaja kawan, malah ahli keluarga serta saudara mara juga sangat sensitif apabila bercakap berkenaan dengan duit. Kes yang sering terjadi apabila peminjam gagal membuat bayaran semula kepada orang yang memberi hutang. Lebih menyedihkan apabila orang yang memberi hutang itu sendiri dimarahi oleh peminjam apabila ingin menuntut semula hutang.

Bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar, berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lihat sebelum setuju untuk memberi hutang kepada kawan anda.

Sebelum beri hutang

Objektif - Kebiasaannya, kawan anda yang ingin meminjam duit memerlukannya untuk perkara yang penting atau ketika di dalam keadaan terdesak seperti kerosakan kereta atau kos perubatan yang tinggi. Namun, anda perlu siasat dengan lebih terperinci tujuan pinjaman tersebut. Anda mempunyai: itu duit anda.

Anda perlu lebih berhati-hati kerana banyak perkara yang berlaku apabila kawan yang ingin meminjam, menggunakan duit tersebut untuk digunakan sebagai modal permulaan skim cepat kaya. Apabila ini berlaku, peluang anda untuk mendapat semula duit tersebut sangat rendah.

Sanggup rugi - Cara paling baik adalah hanya bagi pinjam satu jumlah yang anda sanggup rugi. Jika kawan anda ingin meminjam dengan jumlah yang sedikit iaitu seperti RM100, adakah anda sanggup kehilangan sejumlah duit tersebut? Jika ya, mungkin anda boleh terus memberi pinjam kepada rakan anda.

Tetapi, jika jumlah yang ingin di pinjam adalah sangat besar dan anda tidak sanggup untuk kehilangannya, anda perlu lebih berhati-hati dalam memberi pinjaman tersebut. Anda boleh baca 'Perbezaan hutang baik dan hutang jahat'

Tempoh bayaran - Pastikan anda tahu masa untuk pinjaman tersebut akan dibayar semula. Ini sangat penting untuk anda boleh merancang kewangan anda. Lebih baik jika anda beritahu rakan atau peminjam yang anda memerlukan duit tersebut selepas waktu tersebut. Ini adalah tanda kepada rakan anda yang duit tersebut sangat bermakna kepada diri anda.
Untuk beri pinjaman kepada rakan, anda perlu menjadi seperti bank yang menyiasat latar belakang serta profil kewangan
Semasa

Tanya khabar - Jika anda sudah bersetuju untuk memberi pinjama dengan jumlah serta tempoh masa tertentu, jangan dibiarkan sahaja. Sentiasa ambil tahu keadaan semasa peminjam bagi mengelakkan mereka tidak terlupa.
Kadang-kadang bukan tidak mahu bayar semula, tetapi lupa.
Beritahu kepentingan duit tersebut - Jika jumlah yang diberi adalah terlalu besar, sentiasa ingatkan peminjam akan kepentingan duit tersebut kepada duit anda. Beritahu apakah yang anda akan gunakan dengan duit tersebut seperti deposit beli rumah, bayaran bil, atau bayar hutang kepada pihak bank.

Pada masa yang sama, jangan terlalu mendesak peminjam untuk membayar semula hutang anda kerana perkara tersebut akan lebih menyulitkan keadaan.

Akibat ingin 'menunjuk' kepada rakan, hutang semakin meningkat.

Selepas

Jika sudah sampai tempoh untuk membuat bayaran semula tetapi peminjam gagal berbuat demikian, anda sudah boleh mengambil tindakan yang seterusnya. Jika jumlah pinjaman adalah kecil, anggap sahaja sebagai sedekah. Tetapi jika jumlah tersebut adalah besar, jangan rasa malu untuk minta semula dengan rakan anda dengan cara yang lebih lembut.

Jika sudah beberapa kali minta tetapi masih tiada bayaran semula, anda perlu buat keputusan sama ada mahu dapatkan semula duit anda atau hubungan dengan rakan anda mungkin akan rosak. Ini adalah saat yang paling sukar--kawan atau duit.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post