Beli rumah tanpa deposit. Anda masih perlukan wang untuk beli rumah.

Image result for cost buying a house

Berapa lama masa yang di ambil untuk anda kumpul duit untuk dijadikan sebagai deposit beli rumah? Satu tahun, dua tahun atau lima tahun? Faktor utama kenapa masih ramai lagi orang kita belum memiliki rumah adalah kerana masalah untuk memiliki 10% daripada harga rumah sebagai deposit awal.

Semakin tinggi harga rumah, semakin banyak duit yang perlu anda kumpul untuk dijadikan sebagai deposit. Jika harga rumah tersebut adalah berharga RM200,000, ini bermakna anda perlu sediakan RM20,000 sebagai deposit. Jika anda simpan RM1,000 selama sebulan, ini bermakna anda perlu menunggu sehingga 20 bulan untuk mendapatkan deposit rumah pertama anda.

Adakah masih terdapat cara untuk beli rumah tanpa deposit?Ada, tetapi kami ingin kongsikan beberapa perkara yang perlu anda fikirkan jika mahu beli rumah tanpa deposit.

Pinjaman 100%

Kerajaan telah mewujudkan Skim Rumah Pertamaku dengan pembiayaan sehingga 100% dari harga rumah. Ini bermakna, anda tidak perlu kumpul sehingga 10% dari harga rumah untuk dapatkan rumah pertama anda. Namun, disebabkan terlalu ramai yang memohon skim tersebut, anda mungkin terpaksa menunggu untuk satu tempoh yang lama untuk mendapatkan skim tersebut.

Harga rumah yang terlibat untuk skim tersebut adalah antara RM100,000 hingga RM500,000 sahaja. Walaupun anda boleh dapatkan 100% pembiayaan, tidak semua pemilik rumah atau penjual bersetuju dengan skim tersebut kerana mereka hanya terima 10% ketika di akhir proses. Melainkan anda sudah mempunyai 10%, pemilik rumah mungkin bersetuju jika anda mahu gunakan skim tersebut.

Baru-baru ini juga kerajaan telah mewujudkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (Mydeposit) bagi membantu golongan pertengahan mendapatkan rumah pertama. Sekali lagi, isu yang timbul adalah skim tersebut mesti mendapat persetujuan pemilik rumah atau penjual.
Bayar ejen

Tahukah anda sebenarnya pemilik rumah atau penjual perlu membayar upah kepada ejen dan bukannya pembeli yang perlu bayar.

Walaupun anda boleh dapatkan pembiayaan sehingga 10%, anda perlu ingat bahawa penjual atau pemilik rumah memerlukan sekurang-kurangnya 3% dari harga rumah untuk dibayar kepada ejen hartanah yang menjual rumah tersebut. 

Melainkan pemilik rumah sanggup mengeluarkan 3% dari poket sendiri, anda mungkin terpaksa menyediakan 3% tersebut untuk meneruskan pembelian rumah tersebut. Selain itu, pemilik rumah juga mungkin memerlukan wang untuk menyelesaikan baki atau tunggakan maintenance, bil air atau indah water.

Anda juga mungkin perlu bersedia kerana jika proses pindah milik tersebut gagal diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, terdapat bayaran penalti yang perlu anda bayar.

Kos-kos lain

Selain itu, anda juga perlu menyediakan wang tambahan sebagai bayaran kepada peguam dan juga penilai rumah tersebut. Bagi sesetengah bank, mereka boleh meletakkan kos bagi upah penilai di dalam pembiayaan rumah supaya anda tidak perlu mengeluarkan wang tambahan.

Jika rumah tersebut mempunyai kerosakan dan memerlukan pembaikan, anda mungkin terpaksa mengeluarkan satu jumlah yang besar.

Selepas mendapat kunci dari peguam, anda perlu menukar nama anda dengan pihak bekalan air dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Untuk daftar akaun, anda perlu menyediakan deposit yang banyak sebelum boleh gunakan bekalan air dan elektrik.


Diskaun dari pemaju

Kebanyakan projek yang baru dilancarkan oleh pemaju akan datang dengan diskaun yang banyak sehingga 10%. Ini bermakna, anda hanya perlu bayar satu jumlah yang sedikit sebagai tanda setuju untuk beli rumah tersebut. Lebih menarik lagi apabila duit tanda setuju tersebut akan dipulangkan semula apabila pembiayaan anda diluluskan.

Namun, anda perlu lebih berhati-hati apabila mendapat tawaran tersebut kerana pemaju mungkin terpaksa memberi diskaun yang tinggi untuk menjual unit tersebut. Selain diskaun harga rumah, pemaju juga sering memberi diskaun seperti menanggung bayaran peguam bagi tujuan penyediaaan Perjanjian Jual Beli.

RELATED : Apa itu analisis S-W-O-T dalam pelaburan hartanah?

Selepas berjaya mendapatkan pembiayaan penuh dari pihak bank, anda masih memerlukan wang untuk membayar ansuran setiap bulan iaitu progress payment sehingga projek berkenaan siap sepenuhnya. 

Beli rumah dibawah harga pasaran.

Apabila anda berjaya dapatkan rumah dibawah harga pasaran, anda mungkin berpeluang untuk beli rumah dengan kos yang sangat rendah. Apa yang penting adalah mendapat persetujuan dari tuan rumah. Jika anda berminat dengan teknik ini, anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini [KLIK].

Kebanyakan pelabur hartanah menggunakan cara ini untuk beli rumah dengan kos permulaan atau deposit yang rendah. Anda juga boleh baca artikel terbaik ini '5 halangan terbesar untuk mendapatkan rumah pertama'.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post