Bagaimana ‘pinjaman pemaju’ merosakkan pasaran hartanah

Image result for property market

Apabila kerajaan mengumumkan untuk membenarkan pinjaman dari pemaju kepada pembeli rumah, ramai yang mula tertanya-tanya kesan daripada tindakan tersebut. Kaedah tersebut mungkin bagi memudahkan pembeli mendapatkan rumah pertama jika menghadapi masalah pinjaman dengan pihak bank.

Namun, terdapat beberapa perkara yang lebih besar perlu diberi perhatian terhadap kesan perlaksanaan pinjaman dari pemaju tersebut.

Tidak layak tetapi dapat pinjaman
Faktor utama pinjaman perumahan anda ditolak oleh pihak bank adalah kerana anda sebenarnya memang tidak layak! Pihak bank juga ingin memberi anda pinjaman tetapi mereka juga perlu melihat status kewangan anda.

Dengan wujudnya pinjaman dari pemaju ini, pemohonan yang sudah ditolak oleh pihak bank mungkin akan diberi pinjaman oleh pemaju. Kesan dari tindakan ini akan menyebabkan pemohon mungkin mempunyai masalah untuk membuat bayaran semula.

Lebih teruk lagi apabila rumah tersebut mungkin terpaksa di lelong dengan harga yang lebih murah. Apabila terlalu banyak rumah yang dijual atau dilelong dengan harga yang murah, nilai rumah tersebut juga sukar untuk meningkat seperti kes sebuah resort di Port Dickson dimana harga rumah turun sehingga 50%.

Jualan terdesak dari pemaju
Anda mungkin menjadi mangsa jualan terdesak oleh pemaju apabila mereka ingin menjual unit yang tidak terjual dengan menawarkan pinjaman mudah lulus terus dari mereka. Ini merupakan salah satu cara pemaju ingin menjual unit mereka dengat cepat.

Selain itu, pemaju juga boleh menawarkan pinjaman 100% kepada pembeli dan ini akan menarik perhatian pembeli kerana tidak perlu mengumpul deposit yang banyak. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati jika mendapat tawaran tersebut dengan membuat kajian lebih terperinci.

RELATED: 6 perkara yang anda boleh buat jika tidak beli Iphone 7 [RM3,199]

Kadar faedah yang tinggi
Seperti yang di beritahu sebelum ini, kadar faedah yang ditawarkan adalah lebih tinggi berbanding pihak bank iaitu antara 12% hingga 18%. Ini menyebabkan bayaran semula setiap bulan menjadi lebih tinggi dan lebih membebankan pembeli.

Sebagai satu syarikat perniagaan, mereka lebih tumpu untuk mendapat keuntungan kerana itu adalah matlamat perniagaan mereka. Jadi, mungkin terdapat lagi isu berkaitan yang perlu dibincangkan seperti kadar denda lewat bayaran dan status pinjaman sama ada Islamik atau tidak.

Kesan daripada tindakan ini juga boleh menyebabka krisis pasaran hartanah seperti subprime crisis yang pernah berlaku di negara luar. Krisis ini disebabkan oleh pinjaman yang ditawarkan kepada pembeli rumah yang tidak berkualiti atau yang sebenarnya tidak layak.

Ada juga sesetangah pemaju yang besar sudah memberi pinjaman perumahan kepada pembeli bagi sesetengah projek mereka yang terpilih sahaja. Pemilihan peminjam juga adalah lebih ketat dan hanya untuk mereka yang terpilih sahaja.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post