Bagaimana cara buat duit ketika anda sedang tidur

Image result for make money while sleeping

Gaji setiap bulan tak cukup? Sebab itu anda perlu tambah pendapatan kedua bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Banyak cara yang anda boleh cuba untuk menambah pendapatan anda. Pendapatan sampingan ini juga dipanggil sebagai pendapatan pasif kerana anda tidak perlu buat kerja lagi untuk dapat duit.

Jika anda rajin, pendapatan sampingan ini mungkin lebih banyak dari gaji yang anda terima setiap bulan. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh cuba untuk menambah pendapatan anda walaupun sedang tidur.

Affiliate

Dengan hanya menjual produk orang lain melalui internet, anda sudah boleh buat duit. Apa yang perlu anda buat adalah kongsi url link produk yang anda ingin jual di laman sosial seperti Facebook, Twitter atau Blog.

Jika ada pengunjung yang menggunakan link tersebut untuk buat pembelian, anda akan terima komisyen. Mudah bukan?Sebab itu anda masih boleh buat duit walaupun sedang tidur kerana internet sentiasa aktif 24 jam.

RELATED: 5 Cara buat duit di internet.

Semakin ramai pengunjung yang menggunakan link tersebut, semakin tinggi peluang anda untuk mendapat komisyen. Anda boleh cuba untuk daftar dengan pelbagai syarikat yang menawarkan peluang affiliate ini seperti Lazada, Amazon dan banyak lagi.

Selain menjual produk orang lain, anda juga boleh daftar dengan 8Share kerana anda tidak perlu menjual. Anda akan dapat komisyen jika ada pengunjung yang klik pada link yang anda kongsikan. Cara ini lebih mudah dan sudah ramai yang mula buat duit dengan hanya berkongsi. Anda boleh daftar disini [8Share]

Blog

Cara untuk buat duit melalui blog adalah dengan menawarkan iklan di ruangan blog anda atau anda juga boleh dapatkan penaja untuk blog anda. Namun, untuk aktifkan servis tersebut, anda perlu menarik orang ramai untuk datang ke blog anda.

Semakin ramai pembaca setia blog anda, semakin besar peluang anda buat duit. Anda juga boleh mula tawarkan iklan serendah RM50 untuk sebulan. Namun, ruang iklan di blog kini semakin kurang popular dan tidak diminati oleh pembaca.

Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh tawarkan iklan melalui penulisan artikel dimana pembaca lebih minat untuk baca artikel yang menarik dan viral. Selain itu, anda juga boleh dapatkan penaja untuk blog anda dengan memberi kredit kepada penaja tersebut di blog anda. Letak logo atau gambar syarikat penaja tersebut di blog anda.

Apabila blog anda sudah popular dan mempunyai ramai pembaca, anda boleh tawarkan iklan kepada syarikat yang lebih besar dengan kadar sewa yang lebih tinggi.

Ebook

Seterusnya, jika anda mempunyai kemahiran atau pengetahun yang boleh memberi manfaat kepada orang lain, anda boleh cuba buat ebook anda sendiri. Jika anda memang suka menulis, mungkin tidak mempunyai masalah untuk menghasilkan satu ebook yang berkualiti.

Namun, jika anda mempunyai kemahiran tetapi tidak mahir dalam penulisan, anda boleh mengupah orang lain untuk membantu anda dalam penulisan. Mereka yang membantu anda dalam penulisan ini di gelar sebagai ghost writer. Anda boleh bayar mereka dengan satu jumlah yang tetap atau bergantung kepada jualan ebook tersebut.

Apabila sudah siap ebook tersebut, anda boleh jualnya dengan harga antara RM20 hingga RM50. Semakin tinggi kualiti ebook anda, semakin mahal harga yang anda boleh jual. Antara topik yang sering mendapat sambutan adalah berkenaan pengurusan kewangan dan pelaburan, perniagaan dan cara buat duit melalui internet.

Jika anda mahir dalam penulisan tetapi tidak yakin untuk menjual, anda boleh buat JV dengan beberapa syarikat yang boleh jadi penerbit ebook anda seperti Klikjer. Lebih menarik lagi, mereka sendiri sudah mempunyai sistem jualan yang baik dan juga ramai ejen yang sedia untuk menjual ebook anda.

Hartanah

Pendapatan pasif melalui pelaburan hartanah biasanya datang melalui sewa yang diterima. Anda beli satu rumah, sewakan semula rumah tersebut dengan kadar yang melebihi bayaran ansuran dan anda sudah terima pendapatan pasif. Nampak mudah bukan? Namun ia tidak semudah yang anda sangka kerana proses mendapatkan rumah tersebut memerlukan banyak pengorbanan.

Jika anda sudah mempunyai rumah dan masih hidup bujang, anda juga boleh sewakan semula beberapa bilik yang anda tidak gunakan kepada orang lain. Dengan cara ini, anda akan terima wang tambahan setiap bulan dan setidaknya anda akan dapat kawan baru.

RELATED: Bagaimana nak dapatkan RM1juta melalui hartanah

Jika anda sedang merancang untuk pergi bercuti untuk satu tempoh yang panjang, anda mungkin boleh sewakan rumah anda melalui khidmat Airbnb. Anda boleh pergi bercuti sambil jana pendapatan tambahan melalui sewa tersebut. Konsep tersebut sama juga seperti memiliki homestay sendiri.

Nak belajar cara buat duit dengan pelaburan hartanah?Daftar segera seminar Asas Pelaburan Hartanah pada 25 September ini di Shah Alam. [Daftar]

Saham

Cara terakhir yang anda boleh cuba adalah melalui pembelian saham. Awas! melalui cara ini anda memerlukan ilmu yang tinggi jika tidak mahu rugi. Untuk pembelian jangka masa panjang, anda boleh beli beberapa saham yang berpotensi untuk beri pulangan yang baik dan simpan untuk beberapa tahun.

Selain kenaikan harga saham tersebut yang boleh beri keuntungan, anda juga boleh terima dividen setiap tahun. Antara tokoh terkenal yang melabur dalam saham ini adalah Warren Buffet yang gemar untuk beli saham sedikit demi sedikit untuk jangka masa panjang.

Selepas beberapa tahun, anda mungkin sudah memiliki satu jumlah saham yang banyak dengan pulangan yang lebih baik. Pelaburan saham adalah untuk jangka masa panjang manakala jual beli saham untuk jangka masa pendek. Jual beli saham lebih berisiko tinggi berbanding pelaburan saham.

2 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post