Babak 'Upin & Ipin' yang menerangkan konsep kewangan dengan baik

Image result for upin ipin cari dan simpan

Adakah anda peminat setia cerita kartun 'Upin & Ipin'? atau anda rasa cerita ini hanya untuk kanak-kanak sahaja? Cerita yang penuh dengan kisah tauladan ini memaparkan kisah kembar Upin dan Ipin menempuh kehidupan kanak-kanak mereka.

Melalui episod lama yang bertajuk 'Cari dan Simpan', konsep kewangan yang ditunjukkan bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah untuk orang dewasa juga. Hanya melalui satu episod ini mungkin bakal mengubah hidup anda sebagai orang dewasa terutama dari segi kewangan.

Kami huraikan beberapa babak yang sesuai untuk orang dewasa fahamkan.

Simpan atau belanja

Pada permulaan cerita, menunjukkan Upin dan Ipin menerima wang berjumlah RM1.00 seorang sebagai upah menolong Tok Dalang membersihkan reban ayam. Nasihat pertama yang diterima dari Kak Ros adalah supaya wang tersebut di simpan di dalam tabung. Namun, langkah yang telah diambil orang kembar tersebut adalah dengan membelanjakan wang tersebut untuk membeli ais krim.
Image result for upin ipin cari dan simpan
Melalui babak ini, perkara pertama yang perlu anda faham dalam konsep kewangan adalah memahami matlamat atau objektif kewangan. Jika anda sudah mempunyai matlamat seperti ingin membeli rumah, menambah pelaburan atau mendapatkan perlindungan pendapatan, anda mungkin tidak akan membelanjakan wang tersebut sewenangnya.

Selain itu, perkara seterusnya yang perlu anda faham adalah membelanjakan wang lebih mudah dari menyimpan wang tersebut. Apabila anda beli sesuatu barang, anda nampak apa yang akan anda terima selepas membuat bayaran. Namun, jika anda menyimpan, anda mungkin tidak nampak perkara yang akan anda dapat hasil dari menyimpan tersebut.

Cabaran dan ganjaran

Babak seterusnya menjadi lebih menarik apabila Kak Ros telah mencabar Upin dan Ipin supaya membuat simpanan RM1.00 dan sebagai hadiah, Kak Ros akan menambah lagi RM1.00 setiap seorang. Mungkin kelihatan seperti tidak memberi sebarang makna kepada orang dewasa tetapi konsep seperti ini selalunya berkesan jika mahu berjaya mencapai matlamat kewangan.

Contoh paling mudah yang boleh anda buat adalah dengan membuat simpanan 10% dari gaji anda setiap bulan tanpa tertinggal. Sebagai ganjaran, anda boleh gunakan sebahagian wang tersebut kegunaan peribadi seperti pergi bercuti atau beli gajet baru.

RELATED: Apa yang akan berlaku jika bayaran ansuran kereta anda melebihi 50% dari pendapatan

Ramai yang mempunyai masalah untuk menyimpan duit untuk dijadikan sebagai deposit membeli rumah. Hanya mereka yang rajin dan komited dengan simpanan sahaja akan berjaya mengumpul deposit tersebut. Bagi menghargai usaha anda dalam mendapatkan rumah pertama, anda juga boleh memberi ganjaran kepada diri anda sendiri sebagai motivasi pada masa akan datang.

Pinjam (Leveraging)

Ini adalah babak paling menarik kerana Upin dan Ipin berjaya menerangkan konsep pinjaman dalam pelaburan. Mereka berdua tahu untuk mendapatkan RM1.00 sebagai modal untuk mendapatkan lagi RM1.00 (keuntungan), mereka perlu bekerja dengan mengambil upah.

Namun, mereka telah mengambil langkah yang lebih bijak dengan meminjam RM1.00 dari kawan mereka iaitu Ehsan dan berikan kepada Kak Ros untuk mendapatkan keuntungan RM1.00.

Dalam pelaburan, langkah ini juga dikenali sebagai leveraging atau menggunakan Other People's Money (OPM). Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk mendapatkan keuntungan. Pelaburan hartanah merupakan satu alat pelaburan yang terkenal dengan OPM ini kerana fasiliti pinjaman sehingga 100% yang disediakan oleh pihak bank.
Jika anda bijak menguruskan kewangan serta pelaburan, anda sebenarnya tidak memerlukan modal yang banyak dalam pelaburan.
Image result for upin ipin cari dan simpan
Berniaga

Babak seterusnya yang mungkin memberi kesan kepada orang dewasa adalah babak Upin dan Ipin berniaga untuk mendapatkan upah. Pada hari ini, ramai yang mengeluh kerana kos sara hidup yang tinggi membebankan hidup mereka. Namun, tidak ramai pula yang sanggup untuk mencari pendapatan tambahan dengan perniagaan.

RELATED: Bagaimana gaji RM1,000 mahu survive sekarang?

Bantuan alat teknologi yang serba moden dapat membantu anda mencari peluang perniagaan tanpa modal yang tinggi serta boleh dilakukan hanya di rumah. Jadi, tiada lagi alasan untuk anda tidak menambah pendapatan bagi menampung kenaikan kos sara hidup.

Warrent Buffet yang terkenal dengan pelaburannya pernah berkata 'Jangan bergantung dengan satu punca pendapatan sahaja. Buat pelaburan untuk dapatkan punca pendapatan kedua.'

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post