6 perkara yang anda boleh buat jika tidak beli Iphone 7 [RM3,199]

Image result for make choices

Ramai yang tidak sabar menunggu keluaran Iphone 7 yang baru dilancarkan pada 7 September 2016 yang lalu. Model terbaru Iphone 7 tersebut dijangka dijual di Malaysia dengan harga bermula dari RM3,199.

Adakah berbaloi untuk habiskan RM3,199 untuk sebuah smartphone? Sebelum anda berkira-kira untuk membeli Iphone 7 tersebut, mungkin anda boleh fikir semula tentang harga RM3,199 yang anda boleh gunakan untuk perkara lain.

Kami kongsikan beberapa perkara yang anda boleh buat dengan duit tersebut.

Bayaran bulanan ASB Financing

Jika anda ambil pembiayaan ASB dengan bank berjumlah RM50,000, bayaran bulanan anda adalah sekitar RM250 sebulan atau RM3,000 setahun. Anda boleh gunakan duit tersebut sebagai modal untuk bayaran pembiayaan ASB untuk tahun pertama.

RELATED: Apa yang perlu anda lakukan jika sudah tidak mampu bayar hutang.

Manakala untuk tahun kedua dan seterusnya pula, anda boleh gunakan dividen yang diterima untuk bayaran tahun tersebut.

Simpanan setahun dalam Unit Trust

Dalam pelaburan unit trust, anda mempunyai pilihan sama ada mahu membuat pelaburan secara lump sum atau melalui potongan bulanan. Jika melalui lump sum, anda boleh laburkan duit tersebut di dalam akaun pelaburan unit trust dan biarkan wang tersebut berkembang selama beberapa tahun dan nikmati pulangan purata 10%-12%.

Anda juga boleh buat potongan setiap bulan dengan jumlah RM200 setiap bulan atau RM2,400 setahun dan RM500 sebagai deposit untuk buka akaun. Jumlah yang anda perlukan adalah RM2,900 sahaja dan anda sudah mempunyai akaun pelaburan.

Caruman setahun untuk pelan perlindungan

Jika anda berumur lingkungan 25 tahun, caruman takaful anda untuk pakej lengkap kad perubatan, hayat dan pelaburan adalah sekitar RM200 sebulan atau RM2,400 setahun. Anda boleh gunakan duit tersebut untuk perlindungan anda selama setahun.

RELATED: Nak minta kurang harga rumah? Ini caranya.

Anda tidak perlu risau jika anda terlibat dalam kemalangan atau mengalami penyakit kritikal kerana pendapatan anda sudah dilindungi. Pada masa yang sama, anda juga tidak perlu mengeluarkan kos-kos perubatan yang terlibat.

Modal awal perniagaan internet

Perniagaan internet sekarang lebih mudah kerana kos yang lebih rendah. Anda boleh mula sebagai ejen atau dropship bagi sesuatu produk dan menjualnya melalui internet. Dengan duit tersebut, anda boleh laburkan sebahagiannya untuk mendapatkan ilmu dalam perniagaan melalui seminar yang dianjurkan.

Manakala selebihnya adalah untuk kos pemasaran yang akan membantu meningkatkan jualan anda seperti FB Ads, Google Adword atau Insta Ads. Pastikan kos pemasaran tersebut digunakan sebaiknya agar anda tidak mengalami kerugian.
Jika anda bijak, anda boleh gunakan keuntungan dari perniagaan tersebut untuk beli Iphone 7.
Beli gold bar

Jika anda berminat untuk menyimpan emas secara fizikal, anda boleh tambah koleksi gold bar anda. Harga semasa gold bar bagi satu gram adalah sekitar RM170 hingga RM200, anda boleh dapatkan sehingga 10 hingga 15 gram gold bar.

Dengan kenaikan harga emas bagi tempoh jangka masa panjang, anda boleh simpan secara tetap dan konsisten sehingga nilai emas tersebut meningkat naik.

Tambah ilmu pengurusan kewangan atau pelaburan.

Dengan RM3,199, anda sebenarnya boleh belajar banyak ilmu kewangan dan pelaburan sama ada melalui seminar atau buku rujukan. Anda boleh pergi seminar yang menawarkan yuran RM100 hingga RM200 untuk menambah ilmu kewangan dan pelaburan.

Anda juga boleh mendaftar seminar Asas Pelaburan Hartanah yang akan dianjurkan pada 25 September 2016 di Shah Alam. [KLIK SINI]

Selain seminar, anda juga boleh beli buku rujukan berkenaan kewangan dan pelaburan yang terdapat di kedai buku. Purata bagi harga sebuah buku adalah antara RM40 hingga RM60.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post