4 'Nasihat Kewangan' yang bakal buat anda sentap.

Image result for bad advice

Untuk mengubah seseorang supaya menjadi lebih baik dalam pengurusan kewangan bukanlah satu tugas yang mudah. Nasihat terbaik adalah datang dari pengalaman sendiri. Hari ini anak muda di dedahkan dengan maklumat pengurusan kewangan dan pelaburan  yang terbuka di media sosial.

Namun, tidak semua nasihat tersebut diambil secara positif oleh orang ramai. Bagi 'menyedarkan' tentang pentingnya pengurusan kewangan yang baik, berikut adalah beberapa contoh 'nasihat kewangan' yang boleh mengubah seseorang supaya menjadi lebih baik.

#Sebelum beli kereta pastikan sudah ada simpanan kecemasan

Ini merupakan perkara yang mungkin sukar diterima oleh orang ramai. Memiliki kereta pada hari ini lebih mudah kerana pinjaman yang diterima adalah sehingga 100% dan tidak perlu lagi menyediakan deposit. Oleh itu, ramai yang beranggapan memiliki kereta tidak memerlukan kos yang tinggi.

Namun, ramai yang menganggap bahawa jika membeli kereta hanya perlu bayar ansuran kepada pihak bank sahaja. Mereka lupa dengan kos sampingan seperti cukai jalan, insuran, petrol, tol, parking dan lain-lain lagi.

Kenapa perlu simpanan kecemasan?Supaya anda tidak terbeban jika sesuatu berlaku terhadap kereta anda seperti kerosakan yang teruk hingga menyebabkan kos pembaikan yang tinggi. Tanpa simpanan kecemasan, anda mungkin terpaksa membuat pinjaman untuk membayar kos pembaikan tersebut.

#Jangan beli Iphone kalau simpanan dan pelaburan pun tiada

Memiliki Iphone mungkin menjadi impian setiap orang. Namun, dengan harga yang mahal, tidak semua orang 'mampu' memiliki gajet tersebut. 'Mampu' yang dimaksudkan disini adalah anda mempunyai lebihan tunai untuk mendapatkan Iphone tersebut.


Jika anda terpaksa menggunakan fasiliti pinjaman kredit kad untuk membeli Iphone, itu menunjukkan yang anda sebenarnya tidak 'mampu' untuk memiliki Iphone tersebut. Sebaiknya, gunakan keuntungan dari pelaburan yang anda buat untuk beli Iphone tersebut.
Jangan sesekali merungut kos sara hidup meningkat jika anda mampu beli sebuah Iphone.
#Jangan ambil pinjaman peribadi!

Ambil pinjaman peribadi untuk sertai skim cepat kaya, buat perbelanjaan kahwin dan juga untuk tujuan pergi melancong. Jangan sesekali ambil pinjaman peribadi semata-mata untuk memuaskan diri sendiri. Sedar tentang kemampuan dan tahap kewangan kita.

Walaupun bayaran ansuran setiap bulan kepada pihak bank adalah rendah, itu tidak bermakna anda sebenarnya boleh ambil pinjaman peribadi. Hutang jahat tersebut akan menyebabkan anda lebih sukar untuk membuat pelaburan dan menambah simpanan.


Jangan disebabkan pihak bank meluluskan pinjaman peribadi tersebut, anda rasa anda memang layak dan mampu untuk ambil pinjaman peribadi. 

#Tiada simpanan walaupun sudah tua

Umur sudah cecah 40 tahun tapi simpanan pun masih tiada. Kenapa? kerana kebanyakan mereka mengharapkan duit dari KWSP. Tahukah anda bahawa wang dari KWSP tersebut tidak cukup untuk anda berbelanja dengan selesa. Ini bermakna, wang KWSP yang anda terima ketika umur 55 tahun hanyalah cukup untuk makan dan minum sahaja.

Jika masih muda, buatlah simpanan walaupun serendah RM50 setiap bulan. Jika tidak mampu juga, semak semula pengurusan kewangan anda kerana mungkin terdapat perbelanjaan yang tidak perlu. Semakin banyak hutang yang anda buat, semakin sukar untuk anda buat simpanan setiap bulan.

Anda mungkin hanya memikirkan kehidupan anda semasa waktu persaraan. Namun, anda juga perlu membantu generasi anda pada masa akan datang terutama anak dan cucu anda kerana mereka mungkin menghadapi kesukaran kewangan disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh itu, rancanglah kewangan anda bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk generasi anda pada masa akan datang.

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post