Tip jimat kurus tanpa perlu hadir ke gym.



Ramai yang inginkan bentuk badan yang cantik serta keadaan badan yang sihat. Salah satu aktiviti yang boleh anda lakukan adalah dengan datang ke gym dan melakukan 'workout' untuk mendapatkana bentuk badan yang ideal. 

Namun, kos yang perlu anda bayar untuk pergi ke gym adalah sangat tinggi setiap bulan mencecah RM200. Yuran yang tinggi tersebut mungkin menjadi motivasi kepada seseorang untuk menjadi lebih kurus.

Kami ingin kongsikan tip mudah untuk jadi kurus tanpa perlu ke gym.

Tip kurus  
Minum air kosong

Ini adalah cara paling mudah dan jimat untuk anda menjadi lebih kurus. Minum air sebanyak mungkin dalam masa sehari atau sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Anda tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk melakukan aktiviti ini dan ia juga mudah untuk dilakukan. Buat jadual untuk anda minum air kosong dalam masa sehari bagi memastikan anda mendapat sumber air yang cukup.

Dalam pada masa sama, kurangkan pengambilan air manis yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.


Naik tangga

Apabila anda datang ke pejabat anda, biasakan diri dengan menggunakan tangga untuk mengeluarkan sedikit peluh pada waktu pagi. Aktiviti yang berterusan ini akan membakar lemak anda dengan banyak.

Anda tidak perlu lagi menggunakan treadmill di gym untuk mendapatkan badan yang sihat serta meningkatkan tahap stamina anda.

Selain itu, jika anda tinggal di rumah bertingkat seperti apartment atau kondo, anda juga boleh praktikkan aktiviti ini pada hujung minggu.

Bermain-main dengan anak

Setiap hujung minggu pasti anda gemar untuk meluangkan masa dengan anak-anak anda. Oleh itu, jadikan aktiviti ini sebagai satu aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

Jika anda mempunyai anak kecil, layanlah anak anda dengan bermain serta berlari-lari di rumah atau di taman permainan. Cara ini bukan sahaja anda dapat mengeluarkan peluh malah dapat juga mengeratkan hubungan dengan anak-anak anda.

Main Pokemon Go


Cara terbaru untuk menjadi kurus adalah dengan bermain Pokemon Go. Dengan permainan ini, anda akan berjalan sejauh mungkin untuk dapatkan pelbagai jenis Pokemon yang baru. Selain itu, untuk selesaikan satu aktiviti dalam Pokemon Go juga, anda perlu berjalan sejauh 5 KM.

Aktiviti berjalan kaki ini dapat membantu anda mengeluarkan peluh dengan banyak tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Pada masa yang sama, anda juga perlu berjalan jauh untuk berjumpa ramai lagi Pokemon Trainer.

Ambil Booster
 

Sekarang sudah banyak minuman tambahan yang boleh membantu anda menjadi kurus dengan mudah. Anda tidak perlu lagi melakukan aktiviti atau bersenam yang berat untuk menjadi kurus.

Lebih menarik lagi, terdapat produk baru yang mempunyai kandungan '5 dalam 1' yang membantu anda menjadi kurus dan menyebabkan badan anda menjadi lebih sihat dan sentiasa aktif.

Namun, kebanyakan produk kesihatan ini dijual pada harga yang agak tinggi tetapi masih berbaloi jika anda ingin mempunyai badan yang sihat.

Pendaftaran Seminar Asas Pelaburan Hartanah masih dibuka. Tinggal 30 tempat duduk sahaja. Daftar.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post