"Takaful Lahan*t" - Baca jawapan dari ejen takaful ini dahulu sebelum batalkan polisi anda.



Baru-baru ini telah tersebar satu kisah tentang keluhan pemilik polisi takaful yang tidak berpuas hati dengan polisi beliau. Kesan daripada perkongsian tersebut, ramai yang mula rasa takut dan ingin membatalkan polisi masing-masing.

Kami kongsikan penjelasan yang mungkin dapat membantu anda memahami kes tersebut dengan lebih baik.

"Menjawab isu viral GL Takaful tak cover 'viral fever' baru-baru ini posting media sosial seorang pelanggan takaful viral di facebook dan mendapat lebih 10,000 shares

Kisah yang diceritakan oleh pengadu ialah dikatakan syarikat takaful tak menanggung kos perubatan di hospital seperti yang dijanjikan ketika mengambil polisi. Untuk pengetahun pembaca, bahagian tuntutan syarikat takaful akan memproses setiap tuntutan berdasarkan laporan perubatan yang dibuat oleh doktor. 

Jika laporan yang diterima lengkap dan bertepatan dengan garis panduan syarikat, maka proses akan berjalan lancar. Dalam kes ini tidak diketahui dengan tepat bagaimana penulisan laporan perubatan tersebut. 

Apa yang pasti, anak pengadu yang di wardedkan atas nasihat doktor dan tidak diberi rawatan seperti anibiotic drip, water drip, xray, blood test dan sebagainya. Doktor hanya memberi ubat makan dan ubat cucuk di punggung sahaja. 

Hal ini yang di takrifkan oleh syarikat takaful tersebut sebagai rawatan pesakit luar. Bermaksud, sepatutnya anak pengadu tak perlu di warded kan, hanya layak diberi rawatan sebagai pesakit luar. Atas sebab ini lah kami yakin yang menjadi punca Pre-Authorisation Letter a.k.a GL ditolak. 

Justeru kami nasihatkan pada pembaca supaya maklum akan fungsi kad perubatan takaful. Kad ini sepatutnya hanya digunakan bila keadaan perlu sahaja kerana wang yang digunakan untuk membayar bil perubatan adalah hak milik bersama para pencarum, dan menjadi tanggungjawab syarikat untuk menapis penggunaan yang tidak perlu. 

Cara yang sepatutnya, anda perlu pergi ke klinik terlebih dahulu dan berjumpa dengan doktor di sana. Jika doktor menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital, barulah minta surat rujukan doktor klinik untuk diserahkan kepada doktor di hospital untuk tindakan susulan. Ini adalah proses saringan perubatan biasa di Malaysia. 

Akhir kata, kepada ejen ejen takaful di luar sana, berilah nasihat yang betul kepada pelanggan anda. Usah menjanjikan bulan dan bintang semata-mata untuk meyakinkan prospek. Educate your client. "


Artikel ini ditulis oleh :

Comments

  1. Boleh kata hamper semua agen hanya nakkan komisyen jualan sahaja. Kerana itu yang ditunjukkan oleh learder-leader meraka. Apa pemahaman pelanggan mereka, mereka tak ambil tahu.

    ReplyDelete
  2. Kalau tak faham, bertanya..bukan buat2 bijak salahkan orang lain

    ReplyDelete
  3. Pelanggan tak tanye bukan sebab taknak tanya tapi tak tahu nk tanya ape...jadi, ejen yang jujur dan bertanggunfjawab akan terangkan dengan lengkap polisi kad perubatan kepada pelangannya.

    ReplyDelete
  4. Betul kata penulis. Saya tahu ade je agen yg jujur terangkan semua, tapi ade juga yang nak komisen semate. saya sendiri dapat agent yang janji bulan bintang tapi lepas register medical card je agent tu hanya tanya dah bayar setiap bulan ke tidak. Nampak tak kat situ.

    Mula2 saya nak register die hanya ckp simpanan dan medical card. bila sy tanya lanjutan die xmampu jawap pon. Die hanya jawap ada dalam polisi blh baca. rase mcm tertipu selepas join hanya jawapan mcm tu.

    Kalau jadi agent takaful please la trgkan betul2 a-z. jangan janji macam2 tapi satu pun die xtahu sebenarnya. Kesian kot org yang masuk di layan mcm tu. Xpasal palak Prudential punya nama buruk.

    ReplyDelete
  5. Hanye sebab nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Siap kate seme ejen keje nka naikkan komisyen je. Kawan aku ejen dan aku amek takaful ngan die, stakat ni alhamdulillah seme claim aku lulus cantik, sebab pepehal aku akan tanye die dulu dan ON THE SPOT die akan jawab atau beri die mase 10 minit tok double confirmkan soalan aku.

    Sedap2 je calit org

    ReplyDelete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)