Nak minta kurang harga rumah? Ini tip dan caranya.



Semua orang mahu beli rumah pada harga lebih murah dari harga pasaran. Namun, anda perlu tahu apakah keadaan yang membolehkan anda minta pengurangan harga dari tuan rumah.

Apabila anda jumpa dengan keadaan atau situasi berikut, anda boleh cuba untuk minta kurang harga rumah.

Kerosakan dalam rumah

Apabila kali pertama anda datang melihat rumah, pastikan anda fokus kepada kawasan yang sering berlaku kerosakan seperti dapur. bilik air dan tandas. Lihat juga kepada paip air sama ada berlaku kebocoran atau tidak.

Jika berlaku kerosakan seperti dinding yang sudah retak atau berlubang, pintu yang sudah rosak atau apa sahaja kerosakan, anda boleh minta kurang harga dari tuan rumah sebagai bayaran untuk membaiki segala kerosakan tersebut.

Anda boleh minta kurangkan harga berdasarkan anggaran kos membaiki kerosakan tersebut. Namun, terdapat juga tuan rumah yang tidak mahu turunkan harga tetapi lebih sanggup untuk membaiki semua kerosakan tersebut.


Rumah kotor

Keadaan lain yang anda perlu lihat adalah kebersihan rumah tersebut. Jika rumah tersebut kelihatan kotor dan tidak terurus, anda juga boleh minta kurangkan harga rumah tersebut.

Bahagian yang sering 'kotor' adalah di tandas dan dapur. Anda perlu lihat jika kekotoran tersebut memang 'degil' dan sukar untuk dibersihkan, minta pengurangan sebagai kos pembersihan rumah tersebut.

Selain itu, lihat juga pada dinding dalam rumah jika ada kesan lubang, conteng atau sebagainya.



Tuan rumah terdesak

Apabila anda berurusan dengan ejen hartanah, soalan pertama yang anda perlu tanya adalah ' Kenapa tuan rumah mahu jual rumah ini?'. Soalan ini mampu memberi anda idea sebab utama tuan rumah mahu jual rumah tersebut.

Jika tuan rumah mahu jual rumah tersebut dengan segera, ini adalah masa untuk anda minta pengurangan harga. Tuan rumah mungkin terpaksa menerima harga yang anda minta jika dia memang terdesak ingin jual rumah tersebut dengan segera.


Terdapat banyak pilihan

Sebelum anda datang melihat rumah tersebut, pastikan anda semak dahulu iklan-iklan lain yang menjual rumah di kawasan yang sama. Lihat semua harga pada iklan tersebut dan buat perbandingan.

Anda boleh jadikan alasan pilihan yang banyak sebagai faktor pengurangan harga. Apabila sesuatu kawasan tersebut oversupply atau mempunyai banyak unit untuk dijual, tuan rumah terpaksa menurunkan harga untuk bersaing dengan orang lain.

Jadi, anda mempunyai pilihan untuk memilih pada harga yang lebih murah.

Pendaftaran seminar Asas Pelaburan Hartanah (25 Sept 2016, Shah Alam) tinggal 73 tempat duduk sahaja lagi. DAFTAR

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)