Malas buat simpanan setiap bulan?Gunakan 3 kaedah 'Simpan Paksa' ini.

Image result for best saving allocation

Walaupun gaji yang diterima adalah tinggi, tidak bermakna seseorang itu mampu untuk membuat simpanan setiap bulan. Ini adalah perkara biasa yang menjadi punca pengurusan kewangan seseorang itu tidak dapat diurus dengan baik.

Jika anda berasa amat sukar untuk membuat simpanan setiap bulan, anda boleh gunakan kaedah 'simpan paksa' atau dengan lebih tepat potongan wajib setiap bulan dari gaji anda terus ke akaun lain.

PEMBIAYAAN ASB

Anda boleh mohon pembiayaan ASB dengan bank yang menawarkan pembiayaan tersebut dan buat potongan secara terus setiap bulan supaya anda tidak terlepas membuat simpanan. ASB merupakan satu kaedah yang sudah popular dan semakin ramai yang mula ambil untuk digunakan sebagai simpanan masa hadapan.

Melalui pembiayaan ASB ini, simpanan persaraan anda kini lebih terjamin dengan dividen yang diterima setiap tahun juga sangat baik dan kompetitif. Anda digalakkan untuk menggunakan kaedah ini jika anda masih baru dan tercari-cari kaedah simpanan yang terbaik untuk anda.

Namun, bagi mengelakkan nama anda disenarai hitam oleh pihak bank, anda haruslah membuat auto deduct setiap bulan supaya tidak tertinggal bayaran.
POTONGAN TABUNG HAJI

Selain itu, anda juga boleh buat potongan terus melalui gaji anda dan dipindahkan ke dalam akaun Tabung Haji anda. Dengan cara ini, anda tidak perlu lagi hadir ke cawangan Tabung Haji untuk buat simpanan setiap bulan. Anda sudah dapat jimat masa dan tenaga anda.

Jumlah potongan yang anda boleh buat dari gaji adalah serendah RM10 setiap potongan. Lebih menarik lagi, anda juga boleh buat potongan dari gaji anda dan dipindahkan ke akaun Tabung Haji anak anda. Kini anda tidak perlu risau lagi tentang simpanan Tabung Haji anda.
POTONGAN UNIT TRUST

Pelaburan unit trust mempunyai tiga (3) cara untuk anda sertai iaitu sama ada melalui Akaun 1 KWSP, secara lump sum atau potongan setiap bulan. Melalui kaedah potongan setiap bulan, anda boleh arahkan pihak bank untuk memindahkan sejumlah wang dari akaun simpanan anda masuk ke akaun unit trust anda.

Bagi lepasan univesiti yang baru mula bekerja, anda digalakkan untuk membuat simpanan setiap bulan serendah RM200 sebulan sebagai dana persaraan anda. Dengan pulangan yang tinggi iaitu purata antara 10%-12% setiap tahun, simpanan anda akan digandakan dengan lebih cepat.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post