Kadar bankrap anak muda naik 178%. Mana silapnya?

Image result for bankrupt young

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu statistik yang menunjukkan bahawa kadar bankrap untuk anak muda bawah 25 tahun telah meningkat sebanyak 178%. Statistik adalah satu perkara yang serius dan membimbangkan terhadap pengurusan kewangan anak muda.

Situasi membimbangkan ini juga menunjukkan golongan yang terlibat adalah golongan lepasan universiti. Antara faktor utama yang menyebabkan anak muda mejadi bankrap adalah pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan juga pinjaman kad kredit.

Kami ingin kongsikan beberapa faktor yang perlu dipandang serius oleh anak muda supaya tidak terjerat dengan masalah kewangan.

MASIH MUDA

Apabila tamat belajar di universiti, ramai yang tidak memikirkan tentang pengurusan kewangan untuk jangka masa panjang dengan menggunakan alasan masih muda. Tiada perancangan untuk membuat simpanan, mengambil pelan perlindungan pendapatan dan juga menambah aset.

Kesan daripada tiada perancangan awal menyebabkan ramai yang mula sedar dan menyesal ketika meningkat usia 30 tahun. Namun, apabila usia semakin meningkat, rancangan kewangan semakin sukar untuk bermula kerana komitmen sedia ada yang semakin tinggi.

Ada juga segelintir yang sudah bekerja lebih 10 tahun tetapi mempunyai status kewangan yang lemah kerana tiada simpanan kecemasan, tiada rumah sendiri dan hutang yang sudah banyak. Oleh itu, rancangan kewangan anda perlu bermula sejak dari awal lagi.

Simpanan yang sedikit tetapi konsisten boleh menjadikan anda hidup senang di masa hadapan.
TIADA MATLAMAT

Satu faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai matlamat dalam kewangan adalah kerana tidak mempunyai ilmu kewangan yang cukup. Pada hari ini, banyak sumber ilmu kewangan yang boleh anda daaptkan seperti perkongsian di laman sosial, buku fizikal atau ebook, dan juga seminar berkenaan pengurusan kewangan.

Namun, apa yang menyedihkan adalah apabila seminar-seminar kewangan atau pelaburan tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Masih lagi ramai yang tidak mahu 'melabur' untuk yuran menambah ilmu berbanding 'melabur' di tempat seperti skim cepat kaya.
TIADA DISIPLIN

Pada peringkat awal dalam pengurusan kewangan, disiplin adalah satu perkara utama yang perlu anda buat terutama dalam bab simpanan. Ketika masih muda, ramai yang lebih gemar untuk berbelanja dan melayan hobi yang mahal berbanding membuat simpanan yang banyak.

Jika tidak mampu untuk membuat simpanan secara tetap setiap bulan, anda boleh cuba simpanan secara 'paksa' melalui pembiayaan Amanah Saham Berhad (ASB). Melalui kaedah ini, anda perlu bayar setiap bulan sebagai komitmen anda kepada pihak bank dan pada masa yang sama anda mempunyai simpanan di akaun ASB.

Jika anda dapat berdisplin dalam membuat simpanan setiap bulan, anda mungkin tidak akan mempunyai masalah dalam kewangan kerana anda lebih bersedia jika menghadapi sebarang masalah kewangan yang tidak dijangka.

Warren Buffet, seorang pelabur yang berjaya membuat simpanan sejak dari kecil lagi sebelum mula melabur dalam saham.
HUTANG YANG BANYAK

Ini adalah salah satu punca utama kenapa ramai anak muda menjadi bankrap. Hutang yang menjadi pilihan selepas tamat belajar adalah melalui pinjaman kereta.

Memiliki kereta adalah tidak salah jika anda tahu mengawalnya. Namun, ramai pada hari ini membeli kereta yang mahal dan diluar kemampuan mereka. Ini menyebabkan ramai yang tidak mampu bayar kepada pihak bank selepas beberapa tahun beli kereta tersebut.

Image result

Ramai yang lupa bahawa kos pemilikan kereta bukan sahaja pada bayaran ansuran kepada pihak bank, tetapi terlibat juga kos-kos seperti pembaharuan cukai jalan, insuran kereta, maintenance, minyak kereta, tol, parking dan lain-lain lagi.

Apa yang membimbangkan lagi apabila kebanyakan tempoh pinjaman kereta tersebut adalah selama 9 tahun. Ini akan menyukarkan anda untuk membuat simpanan atau pelaburan kerana sebahagian besar duit gaji anda telah dibelanjakan untuk membayar hutang kereta.
PERCAYA SKIM CEPAT KAYA BERBANDING KONSULTAN

Trend hari ini yang kita dapat lihat adalah sebahagian anak muda masih takut untuk berjumpa perancang kewangan berbanding berjumpa dengan orang skim cepat kaya. Salah satu sebabnya adalah ejen skim cepat kaya menawarkan pulangan yang lebih tinggi berbanding perancang kewangan yang berdaftar.

Skim cepat kaya yang tidak pernah berhenti di Malaysia mensasarkan anak muda untuk menyertai skim mereka. Modus operandi yang memerlukan pinjaman peribadi dibuat menyebabkan ramai anak muda terjerat apabila skim tersebut tidak seperti yang mereka harapkan.


Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)