Hutang seawal sekolah rendah. Ibu bapa perlu atasi masalah ini.



Ibu bapa hari ini ada yang terpaksa menggunakan pinjaman peribadi atau kad kredit semata-mata untuk membayar yuran sekolah anak-anak. Hal ini disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi dan juga pengurusan kewangan yang baik.

Masalah kos sara hidup adalah sesuatu yang sukar di kawal kerana ia berpunca daripada keadaan ekonomi semasa. Namun, pengurusan kewangan mungkin lebih mudah untuk di kawal kerana ia melibatkan diri kita sendiri.

Apabila terdapat ibu bapa yang membayar yuran pendidikan sekolah rendah menggunakan pinjaman peribadi atau kad kredit, ini menunjukkan orang muda yang merancang untuk mempunyai anak pada masa hadapan perlu mempunyai dana pendidikan anak-anak.

SIMPAN DAN LABUR

Terdapat banyak medium dan tempat yang boleh dijadikan sebagai dana pendidikan anak-anak seperti simpanan dalam tabung haji, simpanan unit trust, pelaburan hartanah atau pembiayaan ASB. Setiap medium tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri yang mungkin hanya sesuai bagi sesetengah individu.

Satu contoh medium yang baik sebagai dana pendidikan adalah pelaburan unit trust untuk tempoh lima (5) tahun. Dengan simpanan sebanyak RM300 sebulan selama lima tahun, jumlah terkumpul adalah menjadi RM23,425 jika purata keuntungan adalah 10% setiap tahun.


KECEMASAN

Ada juga segelintir ibu bapa yang mempunyai simpanan yang cukup baik tetapi tidak mempunyai perlindungan perubatan seperti kad perubatan atau takaful nyawa. Apabila berlakunya kemalangan atau memerlukan kos perubatan, duit simpanan tersebut menjadi satu-satunya dana untuk menyara kos perubatan tersebut.

Melalui polisi takaful, anda sepatutnya boleh melindungi pendapatan dan simpanan anda ketika waktu kecemasan. Jadi, simpanan yang pada asalnya adalah untuk dana pendidikan anak anda tidak akan terusik.

Dapatkan sebutharga caruman takaful yang sesuai dengan bajet anda disini.


MUDAH DAPAT PINJAMAN

Salah satu faktor utama ramai yang tidak mempunyai simpanan adalah disebabkan mudahnya mendapat kelulusan pinjaman peribadi atau kad kredit. Apabila ini terjadi, ramai yang ambil mudah dan lebih gemar untuk mendapatkan pinjaman untuk kos pendidikan anak-anak.

Bayaran ansuran yang kelihatan kecil jumlahnya menyebabkan ramai yang tidak ambil kisah tentang kesusahan membayar semula keseluruhan hutang. Namun, lebih membimbangkan lagi apabila ibu bapa mula meminjam dari syarikat pinjaman tidak berlesen yang memberi kadar faedah yang sangat tinggi.

Setiap ibu bapa mahukan pendidikan yang terbaik untuk anak mereka, namun jika tiada dana secukupnya, mungkin pendidikan anak-anak akan terjejas.

Trend ini berterusan apabila mula melangkah ke peringkat universiti. Kali ini bukan pinjaman peribadi atau kad kredit, tetapi pinjaman daripada Tabung Pendidikan pula.

Sebagai ibu bapa, bukan sahaja perlu merancang untuk dana persaraan, tetapi dana pendidikan anak juga perlu disediakan. Jika anda masih kurang faham tentang perancangan kewangan yang baik, anda boleh dapatkan nasihat dari penasihat kewangan yang berdaftar berhampiran tempat anda.

Seramai 30 orang telah mendaftar untuk Seminar Asas Pelaburan Hartanah di Shah Alam. Anda juga boleh mendaftar di sini. DAFTAR

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)