Cara kira zakat pendapatan

Related image

Zakat pendapatan yang perlu kita keluarkan adalah termasuk gaji, bonus, upah, hasil sewaan, dividen, elaun, pampasan, hibah dan lain-lain bentuk pendapatan semasa hidup, bersara atau mati.

Terdapat 2 cara bagaimana untuk kira zakat pendapatan.

1. Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)

Cara ini lebih mudah dan senang untuk kira.

Contoh:

Gaji tahunan : RM36,000

RM36,000 x 2.5% = RM900

Baca : Kerana sedekah, rezeki semakin bertambah

2. Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)

Melalui cara ini, anda boleh menolak keluar beberapa perbelanjaan asas yang dibenarkan seperti anak, isteri, KWSP dan lain lain lagi.

Baca : Alasan yang sering diberikan untuk tidak ambil takaful

Contoh:
A. PENDAPATAN (setahun) 
RM36,000

B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)
1. Diri RM9,000
2. Isteri RM3,000
3. Anak 4 orang x RM1,000 = RM4,000
4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 x 12) = RM1,200
5. KWSP (contoh: 11%) RM3,960
6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji) RM900

Jumlah Tolakan RM21,160 

C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A - B) 
RM36,000 - RM21,600 = RM14,840 

D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) 
RM14,840 x 2.5% = RM371

E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN 
RM371   = RM30.92
12 bulan

Melalui kaedah kedua, jumlah zakat yang perlu anda keluarkan adalah lebih rendah disebabkan terdapat perbelanjaan yang dibenarkan.

3. Guna kalkulator

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan kalkulator yang disediakan oleh pihak Lembaga Zakat di sini Kalkulator Zakat.

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post