Bermula dengan dropship, kini sudah memiliki produk sendiri. Ini ceritanya



Memiliki produk sendiri untuk dipasarkan kepada orang ramai bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, lelaki ini menunjukkan bahawa ia bukanlah sesuatu yang mustahil walaupun bermula hanya dengan menjadi ejen dropship dan menjual produk orang lain.

Beliau yang dimaksudkan adalah tuan Syamierul Rashid yang kini baru berusia 31 tahun tetapi sudah memiliki produk kesihatan sendiri serta stokis di beberapa negeri di Malaysia.

Kami sempat menemu bual beliau baru-baru ini untuk berkongsi pengalaman kejayaan beliau mengeluarkan produk sendiri dengan modal RM100,000 yang beliau kumpul melalui dropship sahaja.

Selepas tamat belajar, beliau bemula dengan menjadi ejen dropship kepada produk-produk orang lain yang berada dipasaran. Pada peringkat awal, beliau hanya fokus untuk belajar tentang pemasaran dan mendapatkan kenalan yang ramai dalam bidang perniagaan ini.

'Dropship lebih mudah untuk dimulakan kerana modal yang sangat rendah dan tidak perlu memegang produk sendiri' kata Syamierul Rashid.


PENGENALAN

Sebelum merancang untuk mengeluarkan produk sendiri, beliau memberitahu bahawa penjualan produk orang lain melalui dropship mestilah sekurang-kurangnya adalah 200 produk jualan dalam masa sebulan. Ini bagi menunjukkan komitmen seseorang sebelum memiliki produk sendiri.

Dari segi packaging produk, beliau sendiri mempunyai staf yang memang mempunyai bakat untuk mengeluarkan produk yang lebih cantik. Design produk yang cantik sangat penting bagi menarik perhatian orang ramai disebabkan persaingan yang besar di Malaysia.

'Masa mula-mula nak buat produk ini, kami buat pre-order dahulu bagi melihat permintaan terhadap produk kami. Alhamdulillah, walaupun produk masih belum dikeluarkan tetapi sudah lebih 200 orang yang menempah untuk mendapatkan produk ini.'

KILANG PENGELUARAN

Beliau juga sempat memberi nasihat kepada orang ramai yang ingin memiliki produk sendiri supaya lebih berhati-hati dalam memilih kilang untuk mengeluarkan produk sendiri.

Pemilihan kilang pengeluaran sangat penting bagi mengelakkan masalah seperti kemampuan mengeluarkan produk yang banyak apabila permintaan sedang meningkat. Selain itu, terdapat juga kilang yang 'menipu' pemilik produk dengan meniru ramuan produk tersebut dan menjual kepada orang lain.

Melalui pengalamam kawanyang pernah diceritakan kepada beliau, terdapat juga kilang yang memberikan testimoni atau sample yang berkualiti pada peringkat awal tetapi apabila produk sebenar dikeluarkan, kualiti produk sudah berbeza.

Untuk produk beliau, F2F Fat Destroyer hanya mengambil masa tiga bulan untuk siap dan dapatkan kelulusan KKM dan mendapatkan sijil halal. Beliau sangat menitik beratkan kandungan produk tersebut supaya ia bermanfaat kepada orang ramai.

Sumber : F2F Fat Destroyer

PEMASARAN

Aktiviti pemasaran yang beliau lakukan adalah melalui internet seperti Facebook di mana beliau fokus kepadaa kenalan rapat dahulu. Antara pembeli terawal adalah kawan-kawan dan ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan kepada beliau.

Selain itu, Tuan Syamierul juga pernah membuat beberapa event  dengan menjemput orang ramai untuk menjual produk mereka bersama-sama. Antara event beliau adalah vfest.my yang pernah diadakan di sekitar Kelantan dan Terenganu. 

Event seperti itu bukan sahaja dapat memasarkan produk beliau sendiri tetapi dapat juga membantu orang ramai untuk menjadi peniaga untuk event tersebut.

Selain itu, bagi memeriahkan lagi event tersebut serta menarik orang ramai, ramai artis dijemput hadir ke event tersebut seperti gambar dibawah.



REWARD KEPADA SUPPORTER

Antara perkara penting yang beliau sering beritahu adalah sentiasa memberi ganjaran kepada mereka yang beri sokongan untuk menaikkan produk beliau.

'Dalam perniagaan ini, kita mesti letak duit atau keuntungan nombor dua. Paling utama adalah kita dapat tolong orang' ujar beliau.
Hanya dalam tempoh 3 bulan, beliau sudah memiliki beberapa stokis di beberapa negeri.

Tuan Syamierul bersama stokis Lembah Klang, En Azuan dan Encik Zulkhairi.
Beliau sentiasa memberi bantuan dari segi ilmu pemasaran kepada semua stokis dan ejen yang sentiasa membantu menjual produk beliau. Tanpa bantuan stokis dan ejen, produk ini mungkin tidak akan berada seperti sekarang.

Tuan Syamierul juga telah membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menjadi ejen atau ejen dropship dengan modal yang rendah di seluruh Malaysia. Bagi yang berminat, boleh WhatsApp atau hubungi talian Hotline stokis Lembah Klang, 016- 694 7112 untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.


PELBAGAI PUNCA PENDAPATAN

Walaupun sudah mempunyai pendapatan yang stabil melalui pengeluaran produk sendiri, beliau memberitahu supaya mempelbagaikan punca pendapatan yang boleh dijadikan sebagai pelindungan waktu kecemasan.

Beliau sendiri kini mempunyai beberapa punca pendapatan lain seperti kedai makan yang berada di Terengganu. Hasil pendapatan dari perniagaan lain membolehkan produk tersebut dikembangkan dan diperluaskan ke seluruh Malaysia dengan cepat.


NETWORKING

Sebelum sesi temu bual berakhir, Tuan Syamierul sempat memberitahu kami supaya berkawan dengan ramai orang terutama mereka yang berada dalam bidang yang sama. 

Selain itu, beliau juga menasihatkan supaya cari kawan-kawan yang positif supaya kita sentiasa bergerak ke hadapan walaupun mempunyai pelbagai masalah.

Seminar Asas Pelaburan Hartanah anjuran Nasihat Kewangan masih lagi dibuka. Daftar

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post