Syarat dan cara-cara memohon rumah PR1MA.



Skim PR1MA diwujudkan bagi membantu golongan yang bergaji antara RM2,500 hingga RM10,000. Skim ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan sederhana untuk memiliki rumah pertama.

Harga rumah yang ditawarkan pula adalah diantara RM100,000 hingga RM400,000 mengikut jenis rumah dan juga lokasi rumah.

Syarat-syarat utama untuk memohon PR1MA adalah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bujang atau berkahwin berumur 21 tahun ke atas
  3. Pendapatan individu atau isi rumah (berkahwin) antara RM2,500 hingga RM10,000
  4. Tidak memiliki lebih dari 1 hartanah (individu atau pasangan)
Jika anda sudah layak syarat-syarat diatas, anda boleh memohon mengikut langkah-langkah berikut:

1. Pendaftaran

Daftar maklumat diri anda dan muat naik semua dokumen yang diperlukan di sini PR1MA. Selepas daftar, anda akan terima nombor rujukan PR1MA.

2. Pelancaran

Anda akan terima maklumat berkenaan projek perumahan yang berada di lokasi pilihan anda.

3. Permohonan

Anda perlu memohon projek PR1MA yang telah dibuka berdasarkan projek yang anda pilih.

4. Pengundian

Proses cabutan undian akan dilakukan untuk pemohon yang berjaya dan melepasi syarat yang ditetapkan.

5. Pengesahan

Sekiranya berjaya dalam proses pengundian, anda akan diminta untuk menyerahkan dokumen untuk tujuan pengesahan.


6. Peruntukan unit.

Anda boleh memilih unit yang dikehendaki sekiranya masih terdapat kekosongan.

7. Pembiayaan

Anda boleh memohon pembiayaan dengan bank yang menjadi panel skim PR1MA seperti Maybank, MBSB, Bank rakyat, BSN, Bank Islam dan RHB.

Sekiranya permohonan pembiayaan anda gagal, anda boleh memohon skim Rent-to-Own.

8. Perjanjian jual beli.

Perjanjian jual beli antara PR1MA dan pembeli akan ditandatangani.


9. Penyerahan Kunci

Kunci akan diserahkan kepada pemilik PR1MA selepas projek perumahan tersebut telah siap dibina dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan kediaman sudah diperolehi.

Jika anda layak untuk memohon skim PR1MA ini tetapi masih belum daftar, sila berbuat demikian.

Maklumat lanjut berkenaan Skim PR1MA sila lihat sini.

Previous Post Next Post