Nak pilih rumah untuk pelaburan tetapi tak tahu cara. Ikut langkah-langkah ini.



Salah satu proses dalam pelaburan hartanah adalah memilih rumah atau unit yang sesuai untuk pelaburan. Jika tersalah pilih, terdapat kemungkinan yang rumah tersebut tidak akan memberi keuntungan.

Jika anda masih lagi tidak mempunyai idea bagaimana untuk pilih rumah yang sesuai untuk pelaburan, boleh cuba langkah dibawah.

1. Tetapkan bajet

Perkara pertama yang perlu anda buat adalah tetapkan bajet anda. Kira bajet anda melalui formula DSR (Debt Services Ratio):

Komitment + Ansuran baru  x  100
           Gaji bersih

Jika rumah yang mampu anda beli adalah tidak melebihi RM200,000, pastikan anda beli rumah yang nilainya lebih rendah dari harga maksimum tersebut seperti RM150,000 (anggaran ansuran RM750 sebulan).

2. Pilih Kawasan

Selepas anda tahu bajet anda adalah RM150,000, sekarang anda perlu memilih kawasan yang sesuai untuk pelaburan. Terdapat banyak faktor yang perlu anda tahu sebelum memilih sesuatu kawasan. Namun, faktor paling senang jika anda tinggal di Lembah Klang adalah memilih kawasan yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

Anda pergi ke laman web mudah.my, dan buat carian seperti berikut:

Negeri    : Selangor
Kawasan : Shah Alam
Kategori : Apartment
Harga sehingga: RM200,000



3. Pilih apartment

Apabila anda sudah buat carian kawasan seperti di atas, anda akan dapat lihat pelbagai jenis hartanah yang berada di kawasan tersebut.

Langkah seterusnya adalah anda perlu senaraikan beberapa nama apartment tersebut:



Selepas senaraikan, anda tulis beberapa maklumat seperti berikut:
1. Harga maksimum dan minimum
2. Low cost atau medium cost (terdapat sekatan untuk rumah pertama sahaja)
3. Bilangan bilik (Pilih 3 bilik sahaja)
4. Booster seperti Hospital, KTM, Universiti dan lain-lain

Hanya tapis rumah yang berharga RM150,000 ke bawah sahaja dan mempuyai ciri-ciri yang baik seperti di atas.


4. Semak harga dan nilai rumah

Langkah seterusnya adalah anda boleh semak nilai rumah tersebut sama ada melalui ejen hartanah, pegawai bank atau penilai.

Anda boleh hubungi ejen hartanah yang mengiklankan hartanah tersebut untuk mendapatkan maklumat berkenaan nilai sesuatu hartanah.

Apabila anda sudah tahu nilai sesuatu rumah, anda boleh jadikan sebagai benchmark harga rumah yang perlu anda beli. Cari rumah yang mempunyai nilai RM150,000 ke bawah seperti bajet anda.

Pastikan juga anda hanya senaraikan rumah yang dijual dibawah nilai pasaran bagi mendapatkan keuntungan yang lebih.

Contoh : Flat Taman Subang Perdana (Lihat gambar atas) adalah berharga RM135,000. Langkah seterusnya adalah membuat carian semua hartanah yang sama dan susun mengikut harga murah rendah hingga paling mahal.



Anda dapat lihat yang rumah tersebut dijual serendah RM60,000 (mungkin unit lelong).
Buat carian yang sama untuk apartment lain yang telah anda senaraikan sebelum ini.


5. Semak kadar sewa dan bayaran kepada pihak bank

Langkah seterusnya adalah membuat carian untuk kadar sewa semasa dan bandingkan dengan bayaran ansuran dengan pihak bank.

Anggaran rumah paling mahal untuk Taman Subang Perdana adalah berharga RM130,000, anggaran bayaran bulanan kepada pihak bank adalah RM650 sebulan.


Semak di mudah.my:



Semak di ibilik:


Analisis :

1. Kadar sewa untuk satu rumah adalah kurang dari bayaran ansuran.
2. Kadar sewa untuk bilik pula boleh melebihi bayaran ansuran.
3. Hanya sedikit sahaja iklan untuk disewa untuk rumah tersebut. Ini menunjukkan rumah tersebut adalah rumah yang baik kerana kemungkinan rumah tersebut adalah sentiasa penuh.


6. Pilih

Langkah akhir adalah membuat pemilihan melalui faktor berikut:

1. Harga rumah mestilah di bawah harga pasaran (Harga < Nilai)
2. Kadar sewa melebihi kadar ansuran.

Jika terdapat ciri-ciri di atas, anda boleh senaraikan beberapa jenis rumah yang anda boleh datang untuk site visit.

Langkah yang diterangkan diatas adalah berdasarkan pengiraan dan analisis atas kertas sahaja. Anda perlu juga datang melihat sendiri ke unit tersebut dan buat analisis terhadap beberapa faktor seperti:

1. Siapa bakal penyewa
2. Keadaan sekeliling rumah
3. Jumlah kedai dan fasiliti yang ada
4. Kemudahan parking

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)