Kebaikan dan keburukan apabila anda refinance rumah anda


Apa itu refinancing?
Refinancing adalah pembiayaan semula yang dibuat terhadap rumah sedia ada yang masih lagi mempunyai baki hutang dengan pihak bank.

Jika rumah anda yang sekarang masih mempunyai hutang dengan pihak Bank A, anda boleh membuat pembiayaan semula rumah tersebut dengan pihak Bank B.

Untuk lebih mudah faham, pembiayaan semula bermaksud anda mengambil hutang baru bagi membayar hutang lama anda.

Refinancing hanya boleh terjadi apabila nilai rumah anda sudah melebihi baki hutang semasa.

Contoh :

Baki hutang rumah : RM100,000
Nilai semasa rumah : RM200,000

Apabila anda membuat refinancing, anda akan dapat jumlah pinjaman perumahan yang baru iaitu RM200,000 x 90% = RM180,000.

Jumlah RM180,000 akan tolak baki hutang rumah iaitu RM100,000. Ini bermakna, anda akan menerima lebihan tunai sebanyak RM80,000 (RM180,000 - RM100,000).

Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lihat sebelum membuat keputusan memohon pembiayaan semula ini.

Bayaran ansuran semakin tinggi

Jika anda membuat pembiayaan semula, anda sebenarnya telah menambah jumlah baki hutang anda dengan pihak bank. Ini bermakna, bayaran bulanan anda kepada pihak bank juga akan meningkat.

Jika anda buat pembiayaan semula untuk rumah pelaburan anda, pastikan bayaran sewa yang anda terima masih lagi tinggi berbanding dengan bayaran ansuran yang baru. Ini bagi memastikan anda tidak terbeban dengan kenaikan ansuran tersebut.

Manakala jika rumah tersebut adalah untuk duduk sendiri, anda tidak digalakkan untuk membuat pembiayaan semula kerana hutang yang perlu anda tanggung akan meningkat. Tetapi, jika anda mempunyai rancangan lain seperti menambah aset dan pelaburan, ia adalah lebih baik.

Tempoh pinjaman semakin lama

Anda juga sebenarnya boleh berunding dengan pihak bank untuk tidak menaikkan jumlah bayaran ansuran anda tetapi memanjangkan lagi tempoh pinjaman perumahan anda.

Dengan cara ini, anda masih lagi perlu membuat bayaran kepada pihak bank dengan jumlah yang sama tetapi tempoh masa pinjaman tersebut akan menjadi semakin lama. 

Jika anda seorang pelabur hartanah, ia mungkin tidak memberi masalah kepada anda kerana bayaran ansuran tersebut dapat dijelaskan dengan menggunakan bayaran sewa yang diterima setiap bulan. Apa yang lebih penting adalah jumlah tunai yang akan diterima iaitu RM80,000 (mengikut contoh awal).

Dengan lebihan tunai yang banyak seperti itu, anda boleh menambah rumah atau aset dengan lebih mudah.

Kos permohonan

Proses permohonan pembiayaan semula sama seperti anda ingin memohon pembiayaan perumahan biasa. Dokumen yang diperlukan juga adalah sama dan apa yang lebih penting anda tetap akan dinilai dahulu sama ada layak atau tidak membuat pembiayaan semula.

Selain itu, anda juga perlu menampung kos-kos yang terlibat bagi permohonan pembiayaan semula seperti bayaran peguam bagi urusan tawaran pembiayaan perumahan.

Baca : Berhati-hati merancang kewangan anda

Lock In period

Jika anda ingin membuat pembiayaan semula, pastikan pembiayaan rumah sedia ada anda tidak mempunyai syarat lock in period atau sudah melepasi tempoh tersebut.

Jika tidak, anda mungkin akan dikenakan penalti oleh pihak bank.

Baca : Jangan beli rumah untuk duduk dahulu. Kurang bijak!

Kadar faedah lebih rendah

Jika anda dapat tawaran untuk pembiayaan semula dari bank lain, pastikan kadar faedah atau kadar keuntungan yang anda terima adalah lebih rendah berbanding kadar sedia ada.

21 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post