5 kelebihan beli rumah melalui ejen hartanah.



Masih ramai lagi yang cuba mengelak untuk beli rumah melalui ejen hartanah kerana bimbang ejen hartanah meletakkan harga yang tinggi.

Namun, perkara yang perlu anda tahu adalah ejen hartanah hanya jual rumah pada harga yang telah dipersetujui oleh tuan rumah. Jadi, ejen hartanah tidak boleh meletakkan harga yang lain.

Kes ejen hartanah meletakkan harga terlalu tinggi hanya terjadi apabila ejen hartanah tersebut adalah tidak berdaftar. Oleh itu, anda perlu berhati-hati ketika berurusan dengan ejen hartanah dengan memastikan mereka adalah seorang ejen hartanah yang berdaftar.

Terdapat beberapa kelebihan jika kita beli rumah melalui mereka.

Semak nilai rumah

Ejen hartanah akan semak nilai sesuatu rumah dahulu sebelum mereka menjual rumah tersebut. Anda tidak perlu lagi perlu semak dengan pihak bank atau penilai sendiri.

Selain itu, ejen hartanah juga akan menasihati tuan rumah supaya menjual rumah tidak melebihi nilai sebenar rumah tersebut. Ini dapat menjaga pembeli supaya tidak perlu membuat bayaran tambahan tunai apabila pinjaman dari pihak bank tidak cukup.

Jika ada kerosakan, ejen hartanah yang baik juga akan menasihat tuan rumah supaya membaiki dan membersihkan dahulu supaya rumah tersebut lebih mudah untuk dijual. Sebagai pembeli, anda akan rasa berpuas hati jika tiada kerosakan yang perlu anda baiki di kemudian hari.


Semak maklumat rumah

Ejen hartanah juga akan membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dari tuan rumah. Antara maklumat yang penting anda perlu tahu adalah sama ada tuan rumah tersebut pemilik sebenar rumah itu. Ini penting supaya anda tidak tertipu dengan membeli rumah orang lain sedangkan bookingsudah dibayar..

Selain itu, maklumat lain yang ejen hartanah boleh dapatkan untuk anda adalah seperti maklumat leasehold atau freehold, bumi atau non-bumi, keluasan rumah, status geran dan banyak lagi. Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk dapatkan maklumat ini dan anda sebenarnya sudah jimat dari segi masa.


Kenal pegawai bank dan peguam

Bagi mereka yang kali pertama ingin membeli rumah, mungkin terdapat sedikit masalah untuk berurusan dengan pegawai bank dan peguam. Sebenarnya, lebih mudah jika anda berurusan dengan pegawai bank dan peguam yang anda sudah kenal.

Oleh itu, ejen hartanah biasanya mempunyai kenalan pegawai bank dan peguam yang ramai. Anda boleh minta bantuan dari ejen hartanah untuk menghantar permohonan pinjaman perumahan untuk pihak anda.

Urusan Perjanjian Jual Beli (SNP) juga boleh diuruskan oleh peguam yang dikenalkan oleh ejen hartanah.


Mempunyai hitam putih

Jika anda berurusan dengan tuan rumah, biasanya anda hanya ada sekeping kertas sebagai bukti anda ingin beli rumah tersebut dan sudah bayar deposit. Namun, ia akan jad masalah apabila kertas tersebut hilang kerana anda tiada rekod lain.

Berbanding jika anda berurusan dengan ejen hartanah, anda sebenarnya berurusan dengan pihak agensi mereka yang akan merekod segala urusan dan transaksi anda.

Borang tempahan juga nampak lebih formal dan mempunyai syarat-syarat yang standard untuk menjaga hak pembeli dan tuan rumah.


Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)