Kos majlis perkahwinan semakin mahal. Baca tip jimat kahwin ini.

Image result for wedding cost
Percaya tak anda bahawa ramai anak muda zaman sekarang memohon pinjaman peribadi semata-mata untuk majlis perkahwinan mereka.

Malah, ada segelintir ibu bapa juga menggalakkan anak mereka memohon pinjaman peribadi untuk menjadikan majlis perkahwinan mereka lebih meriah.

Anda tidak disarankan untuk menggunakan pinjaman peribadi kerana anda terpaksa membayar semula untuk jangka masa panjang dengan jumlah yang lebih banyak.

Berikut adalah beberapa tip untuk anda berjimat semasa melangsungkan majlis perkahwinan anda.

Simple tapi meriah

Memang tidak dapat dinafikan semua orang mahu jadikan majlis perkahwinan mereka sebagai satu majlis yang istimewa kerana ia hanya berlaku sekali dalam hidup.

Namun, anda sebenarnya boleh jadikan majlis perkahwinan anda nampak istimewa dan meriah tanpa kos yang tinggi.

Antaranya adalah dengan menggunakan bahan yang menarik tetapi ringkas.

Warna yang menonjol, gambar yang kreatif, bahan yang unik dan pelbagai lagi cara untuk menjadikan majlis anda nampak istimewa dan lain dari yang lain.

Fokus hanya perkara yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai sahaja seperti khemah, meja dan kerusi.

Selain itu, hiasan pelamin juga perlu dilakukan dengan kos yang lebih murah. Anda sebenarnya boleh buat sendiri pelamin anda dengan bahan yang lebih jimat.

Gotong royong 

Aktiviti gotong royong mungkin sudah ramai yang tidak lakukan dan mereka lebih suka menempah pakej katering.

Di kawasan kampung, mungkin anda boleh lihat aktiviti seperti ini masih lagi dijalankan. Aktiviti ini sebenarnya bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan, malah dapat mengeratkan hubungan silahturrahim.

Namun, ada yang berpendapat bahawa dengan menggunakan khidmat katering, kos perbelanjaan lebih murah terutama di kawasan bandar dan juga tidak memenatkan.

Aktivit gotong royong ini harus di kekalkan bukan atas dasar penjimatan sahaja, malah hubungan kekeluargaan dapat dikekalkan dengan baik.


Hantaran murah tetapi bermakna

Antara faktor perbelanjaan untuk majlis perkahwinan menjadi tinggi adalah kerana bahan atau barang hantaran yang berharga sangat mahal.

Namun, ia bergantung kepada kemampuan anda. Jika mampu, mungkin harga barang hantaran tersebut tidak menjadi satu isu besar kerana barang tersebut juga akan dimiliki oleh pasangan anda.

Jika anda sedang mencari penjimatan, anda boleh tukar barang hantaran anda kepada barang yang lebih murah tetapi bermakna buat pasangan anda. Selalunya, barang yang dimaksudkan lebih kepada minat atau hobi pasangan anda.

Dari segi hiasan hantaran juga, anda boleh menghias sendiri barang hantaran anda dengan belajar melalui internet.



Jemputan kenalan rapat sahaja

Tujuan jemputan ke majlis perkahwinan dilakukan adalah untuk memberitahu kepada orang ramai tentang majlis perkahwinan anda. Zaman sekarang, anda boleh menghebohkan majlis perkahwinan anda hanya melalui Facebook atau whatsapp sahaja.

Oleh itu, jemputan majlis perkahwinan anda hanya fokus kepada kenalan rapat dan ahli keluarga sahaja. Ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan penyediaan makanan kepada tetamu.

Anda juga perlu tetapkan bilangan tetamu yang bakal hadir bagi mengelakkan pembaziran lebihan makanan.


Baju pengantin murah 


Baju pengantin biasanya hanya dipakai sekali sahaja seumur hidup melainkan anda melangsungkan perkahwinan lebih dari sekali.


Jadi, anda perlu lebih berhati-hati supaya tidak membazir dalam pemilihan baju pengantin. Anda juga sebenarnya boleh sewa baju tersebut sahaja jika mahukan yang cantik.

Namun, jika anda selesa dengan gaya yang ringkas, anda boleh beli baju pengantin yang jauh lebih murah harganya dan boleh digunakan untuk majlis lain.

Selain itu, anda juga boleh pinjam baju dari adik beradik atau saudara mara terdekat kerana baju tersebut hanya akan digunakan sehari sahaja.

Tidak perlu untuk beli baju pengantin yang mahal harganya tetapi akhirnya tersimpan di dalam almari.
Previous Post Next Post