Kenapa anda perlu memilih rakan yang positif sebagai kawan Facebook anda.




Salah satu punca kita sering boros dan gagal mengawal kewangan dengan baik adalah faktor persekitaran kita sendiri.

Jika hidup anda dikelilingi oleh kawan-kawan yang sering berbelanja di tempat mewah, anda secara tidak langsung juga akan mengikuti jejak langkah mereka.

Manakala jika anda dikelilingi mereka yang bijak pengurusan kewangan, anda juga akan menjadi bijak mengurus kewangan jika mengikuti apa yang mereka lakukan. Facebook merupakan satu medium yang banyak mempengaruhi hidup kita walaupun ianya hanyalah sekadar melalui platform internet.

Kita dapat lihat bagaimana cara kawan-kawan kita berkongsi status mereka sama ada menggunakan ayat yang baik atau sering mengeluh di ruangan Facebook mereka.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu memilih rakan yang positif sebagai rakan Facebook anda.




Pengaruh

Setiap apa yang rakan kita kongsikan di Facebook mereka akan mempengaruhi hidup kita secara tidak langsung.

Jika kita sedang berjimat untuk kumpul duit sebagai deposit rumah, mungkin akan rasa tertekan apabila melihat perkongsian rakan Facebook kita yang sering makan di tempat mewah.

Tetapi, jika kita terlihat di Facebook kita terdapat beberapa rakan yang sedang berkongsi tip untuk mengurus kewangan, ia pasti dapat dijadikan sebagai satu motivasi.

Sebab itu pemilihan rakan walaupun di Facebook sangat penting. Mereka inilah juga yang bakal menentukan masa depan kita.


sumber gambar

Gangguan emosi

Apabila rakan Facebook kita mula menulis atau berkongsi sesuatu yang negatif seperti mengeluh, mengutuk orang lain dan lain-lain lagi, ini secara tidak langsung menggangu emosi anda yang sedang baca status tersebut.

Hal ini akan jadi lebih teruk jika kita yang baru pulang dalam keadaan yang penat atau sedang mempunyai masalah, mungkin akan terlibat untuk menyertai mereka berkongsi sesuatu yang negatif.

Apabila kita mula berkongsi status yang negatif, ini akan mempengaruhi hidup kita seharian. Apabila emosi mula terganggu, maka pengurusan kewangan akan mula celaru dengan perbelanjaan yang berlebihan atas dasar ingin selesaikan rasa stress.




Tidak membantu

Anda sebenarnya memerlukan sesuatu yang positif atau yang mampu memberi anda motivasi di ruangan Facebook anda.

Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dari sebarang masalah dan Facebook mungkin salah satu medium terbaik untuk kita mencari jalan penyelesaian terhadap masalah kita.

Perkongsian yang negatif mungkin tidak akan membantu menyelesaikan masalah kita malah membuat kita semakin pening kepala.

Selain itu, jika kita mempunyai matlamat yang ingin di capai, mungkin kita boleh kongsikan di Facebook kita. Mereka yang positif biasanya akan memberi kita kata-kata semangat untuk kita capai matlamat kita.

Namun, mereka yang negatif mungkin menyindir dan mahu melihat kita gagal mencapai matlamat kita.

Rakan kita pada hari ini akan menentukan siapa kita pada masa hadapan.




Previous Post Next Post