Pelan Pelaburan Hartanah Yang Anda Perlu Tahu

Image result for planning

Sekarang memang sudah menjadi trend untuk orang ramai mula terlibat dengan pelaburan hartanah dan ini adalah satu perkara yang baik. Sudah ramai yang mula sedar tentang pentingnya memiliki rumah di awal usia.

Jika anda juga berminat dengan pelaburan hartanah, kami ingin kongsikan pelan pelaburan hartanah yang boleh anda ikut.


Cipta objektif jangka masa pendek
Sebelum memulakan sesuatu rancangan, perkara utama yang anda perlu fokus adalah objektif atau matlamat. 

Kenapa perlu ada objektif atau matlamat?
Supaya anda tahu apa yang anda ingin dapatkan di masa hadapan dan lebih penting anda akan lebih bermotivasi.

Apa yang anda perlu buat adalah tetapkan masa dan waktu bila anda mahu dapatkan rumah yang anda ingin beli. Jika anda seorang yang bekerja makan gaji, bank mahu melihat slip gaji, penyata bank dan penyata KWSP selama 3 bulan. Jadi, apa yang perlu anda buat adalah memilih 3 bulan sebagai waktu yang sesuai untuk beli rumah.

Buat rancangan 3 atau 6 bulan lebih awal

Jika kita mahu 3 bulan sebagai sasaran objektif untuk beli rumah:

Bulan 1 : Mula cantikkan penyata bank dan kawal perbelanjaan anda termasuk simpanan yang banyak.

Bulan 2 : Mula buat research market dan permintaan terhadap rumah tersebut

Bulan 3 : Mula view rumah dan kumpul dokumen untuk loan profile


Memilih kawasan yang sesuai

Antara faktor yang perlu anda ambil tahu sebelum memilih sesuatu rumah sebagai pelaburan adalah:

1. Kemudahan asas seperti bank, stesen minyak, kedai runcit, sekolah, masjid dan lain-lain
2. Pasaraya besar seperti GiantTesco dan Aeon
3. Universiti awam atau swasta
4. Kawasan peridustrian
5. Susur keluar lebuhraya
6. Hospital
Kaji permintaan untuk sewa
Lihat dan kaji kadar sewa semasa di ibilik atau Mudah.my dan bandingkan dengan bayaran bulanan kepada pihak bank. Secara umum, jika kadar sewa melebihi kadar bayaran bulanan kepada pihak bank, ia adalah satu pelaburan yang baik.

Salah satu cara untuk tahu permintaan sewa di sesuatu kawasan adalah dengan membuat satu iklan untuk melihat sama ada rumah tersebut mendapat permintaan yang tinggi atau rendah.
Selepas anda iklankan, jika panggilan masuk adalah ramai, ia adalah satu petanda yang bagus dan menunjukkan rumah tersebut mendapat permintaan yang tinggi.

Cantikkan Loan Profile
Antara dokumen penting yang perlu anda semak dan hantar kepada pihak bank adalah:

Laporan CCRIS - Pastikan rekod bayaran semula kepada pihak bank adalah cantik dan baik terutama bayaran pinjaman PTPTN.

Untuk bekerja makan gaji, pihak bank mahukan 3 bulan dokumen berikut:
  • Penyata bank 
  • Slip gaji 
  • Penyata KWSP
Penyata simpanan sama ada di akaun Tabung Haji atau ASB.
Pendapatan tambahan lain seperti perniagaan internet atau kerja part time.


Hubungan yang baik dengan ejen hartanah, pegawai bank dan peguam
Jika anda sudah mempunyai hubungan yang baik dengan ejen hartanah, pegawai bank atau peguam, banyak kelebihan yang anda boleh dapat.

Ejen hartanah boleh tolong anda dan tunjukkan anda proses yang betul dalam jual beli hartanah.
Manakala pegawai bank pula boleh beri anda nasihat dan tips yang berguna untuk pinjaman perumahan anda supaya lebih mudah untuk diluluskan.

Dan peguam juga boleh beri nasihat yang baik supaya anda tidak mudah ditipu semasa proses jual beli hartanah.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang atau ingin membeli rumah pertama.

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)