Bagaimana Anda Boleh Dapatkan RM1,000,000 Melalui Pelaburan Hartanah



Ramai yang mempunyai rancangan untuk bersara awal dan bersara pada usia yang sangat muda. Ingin berhenti kerja makan gaji, melakukan apa yang kita suka atau melancong ke luar negara.

Salah satu perkara yang anda perlu fikirkan sebelum bersara adalah berkenaan financial freedom atau kebebasan kewangan.

Apa itu kebebasan kewangan?

Kebebasan kewangan adalah keadaan apabila kita boleh dan mampu meneruskan hidup dengan selesa tanpa perlu bekerja untuk dapatkan duit.

Contoh terbaik adalah apabila pendapatan pasif seperti dividen atau sewa sudah cukup atau lebih untuk digunakan sebagai perbelanjaan harian kita.

Jumlah yang diperlukan pula adalah subjektif bergantung kepada perbelanjaan harian seseorang. Ada yang sudah boleh hidup selesa dengan pendapatan pasif RM3,000.00 sebulan. Dan ada juga yang hidup selesa dengan pendapatan pasif RM6,000.00 sebulan.

Bagaimana untuk mencapai status kebebasan kewangan?

Secara umumnya, anda perlukan RM1juta tunai untuk mendapatkan status kebebasan kewangan.

Kenapa perlukan RM1juta?

Dengan kadar dividen purata kebanyakan pelaburan selamat di Malaysia iaitu sebanyak 6-7% seperti tabung haji dan asb, anda boleh dapat RM60k setahun atau RM5k sebulan melalui RM1juta tersebut.

Jika anda seorang peniaga yang hebat, RM1juta bukanlah satu masalah besar untuk anda.

Tapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai DNA business dalam diri dan lebih sesuai untuk bekerja untuk majikan?

Alternatif lain yang mungkin anda boleh cuba selain dari berniaga adalah melalui pelaburan hartanah.

Bagaimana?

Jika anda ingin mendapatkan RM1juta dalam masa 10 tahun, ini bermakna anda perlukan RM100,000 setiap tahun.

Dalam pelaburan hartanah, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kenaikan sebuah rumah mencecah sehingga RM100k.

Jika sebuah rumah mempunyai kenaikan RM100k, maka anda perlukan 10 buah rumah dalam masa 10 tahun atau anda perlu beli sebuah rumah setiap tahun.

Jika anda mempunyai ilmu dalam pelaburan hartanah, sebuah rumah setiap tahun bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah, ramai juga yang mampu untuk beli 2 buah rumah dalam masa setahun.

Jika kenaikan harga rumah hanya RM50k (kebanyakannya adalah rumah kos rendah), anda hanya perlu tambah jumlah bilangan rumah.

Baca : Bagaimana beli rumah menjadi satu kesilapan paling besar


Manakala jika kenaikan harga rumah mencecah RM200k (kebanyakan rumah baru untuk rumah teres), anda hanya perlukan 5 buah rumah sahaja.

Namun, perlu diingat beberapa perkara seperti Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan kos-kos tersembunyi lain yang akan mengurangkan keuntungan anda.

Selain itu, perlu diingat juga proses jual beli rumah akan mengambil masa beberapa bulan.

Kenaikan sesuatu harga rumah juga bergantung kepada beberapa faktor seperti lokasi, permintaan yang tinggi dan lain lain lagi yang perlu anda tahu. Jadi, pelaburan yang baik memerlukan analisis yang baik sebelum beli rumah tersebut. Ini yang perlu anda tahu dan belajar dari mereka yang pakar dalam pelaburan hartanah.

Perkara diatas lebih kepada teknik flipping dalam hartanah. Anda beli, anda jual.

Ada juga cara lain untuk mendapatkan pendapatan pasif RM5k setiap bulan iaitu melalui sewa rumah.

Jika sebuah rumah anda mampu mendapat lebihan tunah yang positif sebanyak RM500 sebulan, anda memerlukan 10 buah rumah untuk mendapatkan RM5k sebulan.

Apa itu lebihan tunai yang positif?

Apabila sewa yang anda terima melebihi bayaran kepada bank dan kos lain

[Sewa - (bayaran bulanan + kos lain)]

Anda boleh dapat pendapatan dari sewa dan pada masa yang sama anda juga mempunyai aset yang nilainya meningkat naik setiap tahun.

Sekarang anda faham kenapa ramai yang ingin melabur dalam hartanah?
Previous Post Next Post